Khamis, 22 Disember 2011

[ sungguh sadis ] Kerani Bank Mati Ditikam 35 kali Kerana Cemburu









GOMBAK: Seorang kerani bank wanita yang ditikam 35 kali di badan sempat merangkak ke arah tingkap dan menjerit meminta tolong sebelum rebah di rumahnya di tingkat satu rumah kedai di Desa Jaya di sini, awal pagi semalam.

Jeritan mangsa, Rozana Mohd Yushak, 35, disedari orang ramai yang berada di sebuah restoran di tingkat bawah sebelum menghantar mangsa ke Hospital Selayang, namun wanita berkenaan disahkan meninggal dunia tidak lama selepas diberikan rawatan kecemasan.

Siasatan awal polis menunjukkan kejadian yang berlaku kira-kira jam 2 pagi itu bermotifkan cemburu dan mangsa yang masih bujang dan tinggal sendirian di rumah sewanya dipercayai dibunuh individu dikenali.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan, berkata pemeriksaan pada tubuh mangsa mendapati dia ditikam sebanyak 15 kali di seluruh badan termasuk perut, belakang badan, siku dan paha.

Beliau berkata, pemeriksaan di tempat kejadian tidak menemui sebarang senjata, namun polis tidak menolak kemungkinan mangsa ditikam menggunakan pisau.

“Malah, keadaan rumah terbabit juga berselerak, dipercayai berlaku pergelutan antara mangsa dengan suspek. Berdasarkan kecederaannya, polis tidak menolak kemungkinan ia bermotifkan cemburu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Rosly berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan mayat mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Bapa mangsa, Yushak Suparman, 64, ketika ditemui di Unit Forensik HKL berkata, beliau hanya mendapat tahu mengenai kejadian yang menimpa anak sulung dari tiga beradik itu jam 6.30 pagi semalam sebaik dimaklumkan seorang anak saudaranya.

“Saya tak sangka anak saya mati dengan dibunuh kejam, malah ibunya pengsan sebaik mendengar berita itu. Kali terakhir kami sekeluarga berjumpa Rozana pada Selasa minggu lalu ketika dia pulang ke kampung.

“Pada pertemuan terakhir itu, Rozana yang sudah 10 tahun bekerja sebagai kerani bank, tidak menceritakan sebarang masalah kerja atau berkaitan teman lelaki kepada kami, sebaliknya dia meminta saya membelikannya komputer riba dan permintaan itu ditunaikan sebelum dia pulang ke Kuala Lumpur.

‘Walaupun kami sekeluarga sedih dengan kejadian menimpa Rozana, kami reda dengan kematiannya dan berharap orang yang membunuhnya mendapat balasan setimpal,” katanya sambil memaklumkan jenazah Rozana akan dibawa pulang ke kampungnya di Ijok, Selangor untuk dikebumikan.




p/s: sungguh kesiannya...

48 ulasan:

s.y.a.r.q berkata...

Ya Allah,kalau tengah marah lepas tu kurang iman, memang macam-macam yg buruk boleh buat

Honey Kumicky berkata...

eee...
teruknya....cian dia..

Cik Wanie Ghani berkata...

YA Allah,
sampai mcm tue sekali kan,
kerana cemburu,

minta dijauhkanlah hal2 mcm nie kan....

Kakzakie berkata...

Kalau berdasarkan berita kerana cemburu ternyata iman hilang di dada itulah jadinya...

Phat berkata...

tengok berita ini dalam tv malam tadi..ingatkan kena rompak..semoga keluarga arwah tabah

aReLaN berkata...

kerana cemburu,manusia hilang pertimbangan.nilah jd bila nafsu dan emosi beraja di hati.mga pembunuh menerima hukuman setimpal.

Ibnuismaini Ismail berkata...

Camne rupa tikaman cemburu tu ye? Sama tak dgn tikaman dendam? hu3.

Be Simple Beb(BSB) - threeQ berkata...

sedih betul bila baca artikel nie.. hilang mood saya..

SetiaImpian berkata...

kejamnyer....menakutkan....


p/s..saya belum dapat sign fren..kenapa yer...'dia' suh try semula

belogkiter berkata...

minta minta pembunuh tu dapat ditangkap dengan cepat. orang macam ni, takut dibiarkan berkeliaran

Cikgu Ma berkata...

hilang waras...

budak dulu vs sekarang

miSpYeja berkata...

kasihan..smpai cm tu sekali

LadyBird berkata...

manusia zmn skrg kejam gila..
bukan sekadar kucing sanggup dipotong tangan.. baby kecil disiat2.. orgb esar pun diperakui seperti xde nilai.. langsung tidak berperikemanusiaan.. salah didikankah? salah persekitarankah? atau salah siapa?

aku budak klang berkata...

kesiannya......semoga rohnya dicucuri rahmat

mama tim berkata...

salam..
kerana cemburu sampai berbunuhan..byk dah kes camni kan..

Prettywrite berkata...

huuu ngerinya..mintak jauh semua ni dengan kita semua..

MamaEma berkata...

harap polis segera tangkap pembunuhnya...semuga rh arwah dicucuri rahmat..

CIK MAY berkata...

folo u back..5268..;)

Lilyy berkata...

Ya Allah.. knp sampai sanggup berbunuh? sedih....

semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman...semoga keluarga arwah juga tabah dgn dugaan-Nya....

KuNanGKuNanG berkata...

kejamnye..

deqla manjew berkata...

smpai 35 tikaman? ish2..ngeri..

Misz Emilynn berkata...

sgt menakutkan kot...skrg ni kes bunuh2 tikam2 dh mcm perkara biasa jer...euwwww!!~

LittleGurl berkata...

astagfirullah al azim

Sekamar Rindu berkata...

LittleGurl,

sungguh kejam..pembunuhan yg paling kejam..penutup tahun 2011

sekamar rindu berkata...

Misz Emilynn,

manusia hilang pertimbangan..beginilah apabila sesorang yg tidak mendapat hidayah Allah..

Sekamar Rindu berkata...

s.y.a.r.q,

memang jenis kurang iman..mcm ni.!!

Sekamar Rindu berkata...

Honey Kumicky,

sangat menakutkan..

Sekamar Rindu berkata...

Cik Wanie Ghani,

kerana cemburu..inilah padahnya..

Sekamar Rindu berkata...

Kakzakie,

sungguh menyedihkan kak.

Sekamar Rindu berkata...

Phat,

sungguh menyedihkan..moga pelaku menerima hukuman yg setimpal.

Sekamar Rindu berkata...

aReLaN,

cemburu punya pasal...

Sekamar Rindu berkata...

Ibnuismaini Ismail,

walau apa pun jenis tikaman, ianya sudah meragut seorang yg tak berdosa..

Sekamar Rindu berkata...

Be Simple Beb(BSB),

memang sungguh menyedihkan..

Sekamar Rindu berkata...

SetiaImpian,

memang sungguh kejam..

Sekamar Rindu berkata...

belogkiter,

minta-minta begitulah...

Sekamar Rindu berkata...

Cikgu Ma,

betul..

Sekamar Rindu berkata...

miSpYeja,

memang sungguh kesian..

Sekamar Rindu berkata...

LadyBird,

dunia akhir zaman mcm tulah..

Sekamar Rindu berkata...

aku budak klang,

sungguh sedih membaca berita mcm ni..

Sekamar Rindu berkata...

mama tim,

memang dah byk kes yg kejam mcm ni..

Sekamar Rindu berkata...

Prettywrite,

sungguh kejam..itulah ayat yg paling sesuai

Sekamar Rindu berkata...

MamaEma,

harap2 mcm tulah mamaema..

Sekamar Rindu berkata...

CIK MAY,

terima kasih..

Sekamar Rindu berkata...

Lilyy,

semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh allah...amin

Sekamar Rindu berkata...

KuNanGKuNanG,

sungguh kejam akak..

Sekamar Rindu berkata...

deqla manjew,

memang kejam..

Sekamar Rindu berkata...

Misz Emilynn,

memang menakutkan...sungguh sadis..

Sekamar Rindu berkata...

pembunuhan ini sungguh kejam dan diluar batas kewarasan manusia...

moga roh arwah dicucuri rahmat oleh allah swt...amin..

terima kasih atas komen2 para sahabat..

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy