Khamis, 31 Mac 2011

Pengalaman paling pahit..tersilap rumah kenduri kahwin...


tersalah pergi makan kenduri adalah pengalaman yg paling tak dapat saya lupakan hingga ke hari ini....malu bukan kepalang...pendek kata merah la muka menahan malu..

kisahnya bermula..apabila seorang rakan guru mempelawa saya hadir ke tempat kenduri kawan lamaya di Tampin, Negeri Sembilan setahun lebih yang lalu..

saya kesian kerana jarak Seremban ke Tampin, melebihi 26km, eloklah saya temaninya..

nak jadikan cerita.....

dalam perjalanan ke Tampin, beliau menyatakan dengan yakin, tahu lokasinya...saya ikut saja..sebab ini bukannya kwan saya..

40 minit memandu, maka sampailah di sebuah taman perumahan di Tampin,..

" betul ke sini ni...." tanya ku...

" ala..cuba tengok2 kan papan tanda di sekitar jalan ni..kot-kot ada.." kata kawan saya..

10 minit mencari maka terjumpalah.. tempat yang dituju.. apa lagi..kebetulan orang yang datang masih belum ramai...perut pun tengah lapar...

terus masuk ke khemah, dan mengambil makanan.....dan makan..


" best betul laa lauk..kan...." tiba-tiba kawan bersuara..

saya hanya diam, saja.... malas nak layan...orang dok tengah makan, kwn saya tu lak dok tanya mcm-macam..

Lepas makan, adalah pelayan datang membawa cenderahati buat saya dan kawan saya.....mcm biasa.mcm tempat2 lain juga...

tiba-tiba saya bertanya.."

" Ziz, mana kawan kao nya??" tanya aku..

" entahlah...aku pun tak nampak, yang peliknya...mana kawan-kawan yang lain ni?? takkan tak sampai2 lagi.." kataku.

sebenarnya beberapa kawan lain tu dah bertolak awal sikit daripada saya...

"untuk kepastian saya call kawan saya..."


" kau kat mana ni..? lambat nya sampai.." kataku..

" kat mana apa nyaa... makan kenduri laaa.." jelas kawan saya tu..

" tak nampak pun.., mana?"


"Alamakkkkk...dah tersilap rumah laa.. [ pada masa tu, ada 2 kenduri ada di tempat yang berhampiran..."

Tiba-tiba datang pakcik ke meja tempat saya dan kawan makan..

" encik berdua ni, di pihak pengantin lelaki ke..?"

"....pakcik...sebenarnya saya tersilap makan kenduri, nak pergi kenduri rumah kawan saya, cikgu Azizul," jelas kawan saya tu..

" ooo..cikgu Azizul?...depan lagi rumahnya..... tak apa2.. makan-makan..tak ada masalah....

kulihat pakcik tu mcm senyum2.....aduuuh....malunyyyaaaaaa..!

selepas meminta maaf, dan menghulurkan wang, saya apa lagi terus blahh laaaaaa...nak tunggu apa lagi...

adusssssss...memang memalukan..!!!!...bila ingat peristiwa ini..saya pasti tersenyum ...


p/s: Moral..: Mcm nilah yang berlaku apabila lokasi kenduri ada 2 tempat -pada hari, tarikh, masa yang sama....dan yang datang pulak...time tengah lapar...."

akibat peristiwa ini.....saya sejujrnya sangat rasa malu...! nasib baik hadiah belum bagi lagi..kalau tak tak tahu laaaaaa...:))




jatuh cinta pada senyuman wanita ini..



Lihatlah ..wanita ini dengan keadaannya seperti itu masih tetap tersenyum......benarkan senyuman petanda.. bahagia??..... hidup ini walau sesukar mana pun.....walaupun sepahit mana pun...tetap diteruskan....



Seperti musim yang terus meruntuhkan hujan tanpa bosan
Cinta yang ternoda selalu renta mengirimkan airmata
Kesetiaan tergulung ngeri kerana awan memenuhi hari
Lautan sunyi para nelayan memutus mimpi, camar sendiri

Seperti musim yang terus menangis dengan wajah sepi
Harapan bersama telah hanyut terbawa arus mungkin pupus
Hendak menggapai, galah di perahu tak cukup panjang untuk diraih
Lautan sepi, batu-batu menjadi mati mengingkar janji, sunyi

Seperti musim yang terus melahirkan kelabu tanpa ragu
Mac yang resah membuat kita saling terpaku ..
Arah haluan terasa suram sama gelapnya berlayar malam
Penanda arah terlanjur padam lantaran hati remuk-redam
Kau menuju karang aku terhantam taufan, sama juga karam

Berharap siang awan gelap tak bosan menghadang, nasib malang
Lelaki ikan atau perempuan karam sampai kapan melarung sayang
Mencuri perawan sama saja mendulang awan, bayang-bayang
Janji-janji menjadi basi menanti mati sebentar lagi, bisa pari
Aku melangkah ke titik yang paling sepi hari ini...




Rabu, 30 Mac 2011

Alhamdulillah.....dah lulus temuduga DG41




Alhamdulillah...syukur semalam dah dapat keputusan temuduga saya......." telah diperakukan untuk jawatan tetap" Entri temuduga di SINI

siksanya...untuk lulus temuduga ini.......terima kasih pada abang dan ayahanda saya yang tak putus-putus mendoakan saya...


p/s:...sempat update blog wp 2.,30 nanti ada majlis besar di sekolah saya.....

Aktiviti Hari Ini: Mesyuarat Agung PIBG Sekolah..


Hari ini jam 3.00ptg akan diadakan Mesyuarat Agung PIBG kat sekolah, sebagai setiausaha PIBG, saya dah siapkan semua kerja 1 bulan lebih awal..( walaupun sibuk online dan update blog tetap update) agak sibuk hari ini.... ada kerja yg dah selesai..tapi saya akan pastikan semua perjalanan Mesyuarat hari ni berjalan lancar.

  1. Surat Jemputan YB dah selesai
  2. Surat jemputan ibu bapa/penjaga- ( mengumpul usul)
  3. Surat PPD- selesai
  4. Buku Program dah selesai.
  5. Surat semua AJK PIBG, notis mesyuarat
  6. Penyelia jamuan untuk VVIP dan ibu bapa, ( jamuan VVIP lemang, rendang ayam kampung 10 ekor, roti jala. kuih muih,
  7. PA sistem- sudah selesai
  8. Menyediakan butiran2 lengkap mengenai Koko untuk ucapan GB
  9. Memberi taklimat kepada pengawal keselamatan, bagi melancarkan traffic ( ramai ibu bapa penjaga akan hadir)
  10. Berjumpa dengan Ustaz, ( doa permbuka majlis)-- menginagtkan kembali
  11. Berjumpa dengan AJK Cenderahati - (untuk diberikan kpd YB dan PPD)
  12. Menyelia Dewan, backdrop, hiasan bunga, pentasdll
  13. Melihat persembahan, membetulkan apa yang patut- untuk persembahan pelajar, koir "Lagu Insyaallah" dan "Dancing Queen".. sebulan untuk saya melatih ni.
  14. Bertemu dengan Pencatit Mesyuarat-( bagi buku pencatit Mesyuarat, bagi taklimat sikit..)
Semoga Allah SWT mempermudahkan semua urusan saya hari ni....semoga perjalanan mesyuarat hari ni berjalan lancar.......saya gembira sebab kerja dan tanggungjawab yg diamanahkan sudah selesai...cuma satu..



p/s:...sebujur rindu ikhlas menunggu...aku padamu sepenuh kalbu......pernah ku katakan padamu, bahawa aku ingin, menyelam di laut biru untuk mengambil mutiara yang akan ku simpan di hatiku.. pernah ku katakan padamu...akan ku melawan badai, segalanya untukmu.. rumah kita sepi....




Gadis bertudung cari kerja untuk mencuri


SHAH ALAM - Bermodalkan gaya bertudung dan diselit sikap lemah lembut, seorang gadis berusia 25 tahun disifatkan amat licik apabila dia didakwa dengan mudah diterima bekerja sebelum menghilangkan diri selepas mencuri sejumlah barang berharga di tempat kerjanya.

Difahamkan dalam tempoh dua hari pada 22 dan 23 Mac lalu, gadis terbabit telah melarikan telefon bimbit dan sejumlah kad tambah nilai di tempat dia bekerja sebagai jurujual di dua premis di sini.

Suspek itu didakwa telah pergi ke dua buah premis itu selepas membaca iklan kerja kosong menerusi akhbar. Majikan di kedua-dua premis itu menerima suspek sebagai jurujual selepas terpedaya dengan sikapnya yang lemah lembut dan mengenakan tudung.

Namun selepas diterima bekerja, suspek mengambil kesempatan melarikan barangan jualan di premis tersebut sebelum dia menghilangkan diri pada hari pertama bekerja.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, dalam kejadian pertama, polis menerima laporan suspek mencuri dua buah telefon bimbit jenis Sony Ericson ketika bekerja di kaunter pameran kedai jualan telefon bimbit di tingkat bawah Plaza Masalam di sini.


p/s: tudung hanya hiasan saja..



Selasa, 29 Mac 2011

jantung bulanku

kutikam perlahan-perlahan
jantung bulan
yang ku sayang



Ini surat penghabisan kutulis dari laut


Ini surat penghabisan kutulis dari laut

Penanda luka dari tubuh terlapuk waktu

Musim menikam, rindu meradang, aku pulang




Mari kita berkenalan dengan Follower yang ke 3000 blog saya..



Inilah dia follower yang ke 3000 blog saya.....tahniah dan dan syabas diucapkan kepada pemilik blog ini...Beliau yang bernama Rozieana binti Roslan, atau lebih mahu dikenali dengan nama manja beliau Roziena Nana, adalah pelajar di Multimedia Collage Southern TM, dengan mengambil Dip.in Engineering Telecommunication....

Saya mengucapkan selamat maju jaya buat beliau, berjaya dalam pengajiannya...cemerlang dalam semua bidang yang diceburi serta bahagia di dunia dan di akhirat...amin...

Kepada sahabat-sahabat saya....jom kita pakat terjah blog dia........dan folo blog dia..




terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yg lain yg sudi singgah di blog yg cukup picisan ini...

Bintang-bintang berkelip jauh di langit

Bintang-bintang berkelip jauh di langit
tertatap mata hanya di malam hari
keindahan yang mengelirukan
gemerlapnya untuk sementara
sekadar penghias malam
tika awan-awan tiada


bila bodoh melampau-lampau


Usop yang baru cuba untuk mengenal dunia komputer telah membeli sebuah 'printer'.Apabila sampai di rumah dia telah cuba untuk memasangnya.Dia terus mencuba tapi tak berjaya,lalu memutuskan untuk menefon kedai komputer tadi.

"Hello..Selamat Tengahari,saya Usop ...Saya nak tanya ni.,kenapa saya tidak boleh guna 'printer'
yang saya baru beli tadi tu.Tiap kali saya klik 'print' kat monitor,keluar tulisan 'Can;t Find Printer'.Pada hal 'printer' saya letak betul -betul depan 'monitor' tu,Encik."



so lonely


i always feel lonely when i get back at home, and what i found is only an empty house

Isnin, 28 Mac 2011

[ gambar ] patung lelaki handsome dicipta untuk wanita yang kesepian......





Inilah dia patung lelaki yang dicipta oleh pereka Jepun, khas bagi wanita-wanita yang kesepian, [ yang selalu ditinggalkan oleh suami]

Patung ini yang dimasukkan cips di dalamnya yang mampu berinterksi dengan sesiapa saja..boleh menemani bila santai, seperti teman minum tatkala suami tidak ada di rumah.

mcm2 la orang Jepun ni ya....yg tak terfikir di minda kita pun ada dicipta......

minta2 tak ada kat Malaysia..........




Ahad, 27 Mac 2011

[ gambar ] Keldai di cat jadi Zebra di Zoo Gaza, Palestin


Dua ekor zebra telah mati akibat kelaparan di Marah Land Zoo di Gaza Palestin.Kerana kekurangan wang pihak zoo tidak dapat menggantikan zebra yang telah mati itu.Namun mereka mendapat idea yang tidak masuk akal dengan mengecat dua ekor keldai untuk menyamar jadi zebra (kuda belang).Mereka telah menggunakan pewarna rambut untuk mengecat badan keldai tersebut.

Idea mereka ini membuatkan zoo kembali ceria dan kanak-kanak langsung tidak tahu bahawa zebra itu sebenarnya keldai.


sumber: klik sini


p/s:..terima kasih pada sahabat2 yg sudi singgah...komen kalian di entri yang sebelumnya akan saya balas esok..

munajat di subuh sunyi....

Ke mana saja ku pergi
sering kubawa kad pengenalan diri
yang mencatat butir diri:
aku yang bernama ....
lahir pada tanggal dan tahun sekian
pada jam yang disaksikan bidan
bila saja orang bertanya
dengan bangga aku berkata:
aku kelahiran tempat ini
warga sebuah negara di bumi


tapi
pada kad pengenalan
tidak tercatat tarikh mati
pun tidak dituliskan
dimana aku akan bersemadi


Tuhan
aku tidak tahu
tarikh dan waktu
tempat dan usiaku
kembali kepadaMu


4.07am

[ mana mungkin..]



sayang....
hidup ini memang misteri..
semalam adalah hari ini yg telah kita lalui..
hari ini adalah besok yang belum pasti..

besok penuh ranjau..
kaki dan tangan terluka terkena belati..
ku masih sabar..tapi [ sampai bila??]

sayang...
dia mengharapkan pertemuan...
[ mana mungkin..]


deruan ombak membawa rindu


sayang...
sekuat mana pun angin bertiup
berikan sejenak pengakuanmu, wahai air laut,
bahawa pernah ada rindu
di antaramu dan pantai,
walau hanya sedetik cuma..

bisikanlah hatimu
pada butiran pasir
yang setia menunggu
lewat bebuih yang hanyut
bahawa pernah ada cinta
tersisip di sela-sela deru ombakmu..
walau hanya sedetik cuma..


Kenapa Sales Promotion mesti gadis?Jawapannya tengok gambar


Sales Promotions Girls....girl itupun dah dikhaskan untuk perempuan
dan tak ada Sales Promotions Boys...so kerja ini memang di khaskan untuk perempuan...
dan cuba kita lihat gambar di bawah...









ini gambar SPG....tapi bagaimana kalau lelaki mengamabil alih
tugas ini.....agak2 laku tak kereta yg nak dijual tu...?


wah..hebat gaya ni.

kete yang sempoi...


sangat bergayakan..?



kesimpulannya....: lelaki memang tak sesuai laa......



sumber: klik sini

Sabtu, 26 Mac 2011

[ Hebat ] gambar dan video ikan paus pandai melukis


Paus Beluga atau yang biasa di sebut Paus Putih berhabitat di perairan kutub utara ini, kini menjadi artis melukis di ocenarium di China.

Paus yang bernama Xiao Qiang itu pertama kali mula untuk melukis ketika ia menemukan berus yang ditinggalkan pengunjung. Setelah itu dia mulai untuk melukis.

"Dia sudah menunjukkan ketertarikan untuk melukis, sekarang kami hanya memberikannya berus dan memegang kertas, sementara dia melukis dengan mulutnya," ujar pelatih Zhang Yong.

"Warna favoritnya adalah biru dan dia paling senang menggambar pemandangan laut," lanjutnya.

Para ahli mengatakan bahawa Paus Putih, lebih dikenal sebagai kenari, laut kerana ciri khas dari lengkingan suaranya yang tinggi, memiliki jaringan halus pada mulutnya dibandingkan paus lainnya, sehingga Xiao Qiang boleh menggunakan berus di mulutnya.

"Paus ini lebih pintar dibanding dengan jenis lainnya, ia juga suka bergurau dan bermain dengan pelatihnya," ujar Yong.

sumber: borak kosong dan jika mahu lihat video, klik sini

[ gambar ] wanita tertusuk besi pagar di celah peha...





Moral:............. janganlah fikir nak cepat saja...fikirkanlah juga keselamatan diri.....kepada wanita2/gadis-gadis, makcik serta pakcik.... jangan ditiru perbuatan ini..

sekarang siapa susah..??


p/s...apa khabar?

hari kedua perkhemahan pengakap.....


dalam sibuk, tunas puteri dan pengakap camping,
hari ni ada 2 kenduri kwin yg akan dihadiri,
dah lama tak makan kenduri ni..

perjalanan camping semuanya ok...
tak ada yg demam, tak ada yg nak balik rumah,
tahun lepas ada 2 orang pelajar, baru datang camping,
malam dah nak balik..." rindukan mak katanya.."
tahun ni, dah bagi amaran awal2 lagi..agar tak berlaku lagi

malam ni, malam kebudayaan..malam persembahan..
malam yg best..
malam untuk sama2 happy..dengan nyanyian2 yg telah dirancangkan


p/s....masih sempat update lagi nih..

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy