Sabtu, 30 April 2011

jika malam nanti ada hujan


jika malam nanti ada hujan
itu airmataku yang tumpah
biarkan saja, ia bukan luka
cuma penanda keletihan

jika malam nanti bulan padam
dan laut hanya diam
itu petanda hatiku tengah gelita
lupakan saja, ia bukan derita


p/s:: setiap hari ada ujian datang bertimpa2....semalam rumah nyaris terbakar akibat litar pintas..

bertemu di titik sepi..

senja di PD


kenapa ya? waktu lagi-lagi memaksa aku untuk pergi, baru sebentar aku merasa dekat lagi walupun kamu tak peduli .. mungkin kita memang ditakdirkan untuk tidak bertemu?, tapi jika benar bumi itu bulat, ku berharap pastilah nanti kita bertemu di satu titik, ya kan?



Jumaat, 29 April 2011

pagi ini

pagi ini
ada sebuah hati
penuh luka yang
entah bila akan diubati

hari ini
ada sebuah hati
menggelepar, sebelum beku dan mati


Khamis, 28 April 2011

tergelincir



Hujan pancaroba telah dikirim bersama amuk petir
Jalan ke arah cinta semakin licin lalu kita tergelincir
Apakah ini rahsia langit yang dikatakan takdir?



Ahad, 24 April 2011

Sebab-sebab Mengapa Gadis Melayu Selalu Kena Rasuk....

Kes ini berlaku di ruang pelajar perempuan membasuh kain di sebuah Asrama Puteri.Kebanyakkan yang di rasuk adalah pelajar Melayu dan tidak pernah berlaku kepada pelajar Cina dan India.Dimana salahnya...Kita ikuti percakapan antara seorang bomoh dengan jin...kenapa dia suka merasuk pelajar Melayu saja?

Suatu hari seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin-jin yang berlegar-legar di asrama dan merasuk pelajar-pelajar.
Ketika sampai dia pun membaca mantera.Dia memanggil ketua jin.Lalu ketua jin pun datang dengan menunjukkan wajah yang begitu hodoh dan jijik.Hinggakan ketua bomoh yang berpengalaman pun nak hampir pengsan melihat wajah brutalnya itu.

Tapi ketua bomoh itu menguatkan semangatnya .Lalu ketua bomoh itu bertanya dengan suara yang nyaring dan kuat,menampakkan semangat yang tidak kendur walaupun jin itu menampakkan wajah yang amat mengerikan.

"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah ini hah? Jawab!!!. Kenapa Gadis Melayu yang menjadi sasaran kau wahai setan yang di rejam..?"

Dengan menarik nafas yang panjang ketua jin pun menjawab..

"Siapa bilang Gadis Melayu tak menawan..Tak menarik hati,tiada memikat"
"Kalaulah memang, tak mungkin aku tertarik...Kalaulah sungguh ,tak mungkin aku merasuk,"
"Aduhai.......kekekekkkkeeee"


sumber : klik sini..

malam begitu ngilu umpama batu menimpa kuku

seperti ibu kasih darimu selalu kutunggu

merendam pilu dari pelarian dan jarak waktu

dadamu itu teluk paling biru selalu ku rindu

jangan malu, aku pelaut tak mencari madu

peluklah aku yang kini merapuh tertikam waktu


malam begitu ngilu umpama batu menimpa kuku

jauh dari ibu tanpa seorang tempat mengadu

tulus dekapanmu sungguh meredam semua deru

perempuan berhati ungu cuma dikau begitu kuperlu




Wanita yang seleweng duit Citibank tak pakai baju tahanan kerana buah dadanya besar ..


Jakarta - Tidak ada baju tahanan yang sesuai untuk tersangka penyelewengan wang Citibank Malinda Dee. Apakah pihak polis akan membuat baju tahanan khusus untuk Malinda? Dipastikan langkah itu tidak akan dilakukan. Yang jelas, Kabareskrim Komjen Pol Ito Sumardi menegaskan sudah ada baju yang sesuai untuk Malinda.

"Ini begini ya, jadi kelmarin sudah saya tanyakan, dan sudah ada baju yang pas. Pokoknya ukuran besar ," kata Ito ktika ditanyakan detikcom, Rabu (6/4/2011).

Namun, Ito buru-buru menegaskan, baju itu bukan baju tahanan khusus. Hanya baju biasa saja. "Ya bukan baju khusus, baju yang sesuai," terangnya.

Ito meminta agar soal baju ini tidak jadi polemik dan diributkan. Pastinya polis tetap fokus pada penyelidikan dan penyiasatan untuk mengungkap kes ini.

Sebelumnya tertuduh Malinda Dee tidak mengenakan baju tahanan ketika hendak menuju Citibank dikritik hebat. Wanita seksi ini malah mengenakan tudung hitam dan baju merah. Benarkah ada keistimewaan? Ito Sumardi sudah membantahnya. Dia menyebut ada alasan khusus kenapa Malida tidak memakai baju tahanan.

"Aduh, engga ada yang sesuai," kata Ito, dengan gerak tangan menunjuk dada dengan mimik serius ketika ditemui wartawan di Gedung DPR, Senayan, Jakarta, Selasa (5/4).
(ndr/asy)



rindu

:::

rasanya ingin ku hentikan waktu..
biar rindu ini selalu ada padaku...



Sabtu, 23 April 2011

rindunya....5 hari tak update blog....

senja di Tidy Island, Florida, USA

alhamdulillah..petang ini saya sempat update blog...5 hari tak update blog ....wah terasa masa sangat lama...lama sangat..sepanjang blogging sejak 2009 inilah satu jangkamasa yg paling lama tak update.....selalunya setiap hari sekurang-kurangnya 3 atau 4 entri saya update..[ setiap hari mesti update...]

kadang2 diselitkan dengan beberapa puisi, jika tulis puisi saya akan pastikan untuk tulis tidak panjang berjela-jela..cukup 3 baris saja..biar ringkas..

ke mana saya 5 hari tu...? saya sebenarnya tak ke mana-mana, selalu online cuma tidak update saja..terima kasih juga pada sahabat2 saya wp entri dah basi masih ada juga yg singgah dan komen.. terima kasih..

ramai juga sahabat-sahabat saya dari blog lama saya yg singgah komen di sini...semoga ukhwah ini berterus segar dan mekar selama-lamanya..

hidup saya penuh warna warni.. telah melalui pelbagai dugaan silih berganti..lepas satu-satu..namun saya anggap semua ini dugaan Allah SWT pada saya... saya selalu berdoa pada Allah SWT agar diberi kesihatan yang baik, sihat tubuh badan agar dapat... menjaga, menguruskan serta berbakti pada ayahanda saya yg sedang sakit kini...

selesai di rumah tanggungjwab berkisar di sekolah pula.. bulan Januari - April aktiviti ko-kurikulumnya padat dengan pelbagai pertandingan, bola sepak, badminton, bola jaring, sepak takraw dan pelabagai pertadingan ko-akademik lagi memerlukan tahap kesabaran yang tinggi...

Hari ini...saya leraikan rasa rindu di hati.......

Selasa, 19 April 2011

bukti aku pernah ada di sini...




jika nanti aku pergi kerana musim atau cuaca entah angin apa
akan ku selipkan sedikit kenangan sebagai tandamata di hujung utara
pada dermaga dan tebing pantai agar engkau tak susah mencari
dan menjadi bukti aku pernah ada di sini...



Lelaki sedang rakam gambar perempuan mandi di hospital di tangkap


TRIBUNNEWS.COM - Seorang lelaki berusia 40 tahun ditangkap kerana merakam secara diam-diam perempuan yang sedang mandi, ganti baju, dan melakukan aktiviti di bilik mandi. Lelaki Korea Selatan (Korsel) ini melakukannya selama enam tahun.

Lelaki bernama Lee ini ditangkap oleh polis di Gyeongsang Selatan. Lee mengambil gambar dari 1.014 perempuan dari tahun 2005 hingga tahun 2011 di kota Gimhae dan Busan.Dia ini selalu membawa kamera digital ke manapun dia pergi dan kadang-kadang merakam pakaian dalam perempuan.

Polisi menemukan driver eksternal disk dan CD di tempatnya dan disyaki berisi foto dan video yang dirakamnya selama enam tahun. Bahkan, ia pun masih sempat merakam perempuan ketika sedang dirawat di hospital.

Ia dipaksa meninggalkan hospitalketika ia tertangkap ketika sedang merakam perempuan di bilik mandi. Lee memasukkan rakaman itu ke dalam beberapa folder dan memisahkannya berdasarkan aktiviti misalnya "bagian tubuh", "Seluruh badan", ataupun "wajah".

Istri Lee mengaku suaminya suka menonton video porno namun tidak tahu jika sang suami hobi merakam perempuan. Lee berhenti bekerja dan mulai menjual foto-foto itu secara online dan mendapatkan keuntungan sebesar 2.024 dollar AS.


p/s:....mcm dah tak de keje sangat dah ke.. sampai org mandi pun nak dirakam...? gila seks ke apa ni..?

sumber: klik sini


Ahad, 17 April 2011

[ ngeri ] Nenek 51 tahun parah kena rogol, kemaluan dibakar kerana enggan layan kekasih

JAKARTA: Seorang nenek parah selepas dia dirogol dan dibelasah kekasihnya kerana enggan melayan kemahuan seksnya, awal pagi semalam.

Mangsa yang berusia 51 tahun turut mendakwa kemaluannya dibakar lelaki terbabit. Kekasih nenek itu baru berusia 27 tahun.

Media melaporkan, lelaki terbabit pergi ke rumah mangsa di Jatinegara, Jakarta Timur, dalam keadaan mabuk dan minta kemahuan seksnya dilayan.

Kata mangsa, dia enggan melayan kekasihnya kerana ketika itu lelaki terbabit terlalu mabuk serta dalam keadaan marah.

“Dia kemudian menumbuk kepala sehingga saya terjatuh, sebelum ditendang berkali-kali.

Dia memperkosa saya di ruang tamu sebelum mengambil mancis dan membakar alat sulit saya,” katanya. - Detik


p/s..bayangkan nenek berumur 51 tahun ada kekasih 27 tahun...hebat nenek ni..!

[ Ya Allah...] Kucing berkalimah Allah di badannya tak suka curi ikan

kucing yang ada kalimah Allah di badan


INILAH.COM, Subang – Kucing ajaib yang bertuliskan kalimah Allah pada bulu di perut bahagian kanan itu ternyata tidak seperti kucing lainnya yang hobi mencuri ikan ketika pemiliknya leka.

Menurut pemilik kucing, Abah Harna (45) warga Desa Mundusari RT 14/04 Kecamatan Pusakanagara, Kabupaten Subang, kucing miliknya itu tidak suka mencuri ikan yang diletakkan di meja, meskipun ia dan keluarganya dalam keadaan leka.

Melihat keunikan dan kelebihan kucing yang dipeliharaya itu, Abah Harna menamakan Kiki untuk kucing kesayangannya. “Si kiki mah tidak pernah mencuri ikan, seperti kucing lainnya,” kata Harna kepada INILAH.COM, Jumaat (15/4/2011).

Bulu kucing yang dirawat Harna memiliki keunikan dibanding kucing lainnya. Bulu kucing betina dan berusia 12 tahun itu memiliki tulisan dalam huruf Arab.

Si Kiki yang bulunya didominasi warna hitam itu, pada bahagian perut sebelah kanan nampak loreng putih yang bertuliskan lafal Allah dalam bahasa Arab. Sementara itu, pada perut sebelah kiri, terdapat loreng putih yang menyerupai tulisan berkalimah Muhammad.

sumber: Klik Sini


Sabtu, 16 April 2011

[ panas ] jawapan pihak lelaki dan pihak wanita pasal hantaran kahwin..


Di sini di berikan beberapa tips dalam urusan menentukan belanja hantaran. Sekarang ini ramai yang mengeluh mempertikaikan belanja hantaran perkahwinan semakin mahal dan tinggi harganya, kalau nak murah boleh juga... senang saja, katil almari meja solek buat sendiri kekekekeke...

Kat sini SR nyatakan ada beberapa sebab/alasan kenapa zaman sekarang ni hantaran kahwin semakin mahal.

Sebab dan Alasan;

1. Anak pompuan sorang tu saja, kenalah buat secara besaran.

2. Anak pompuan sekolah tinggi 20 tingkat, banyak dah belanja pelajaran dah di habiskan.

3. Anak pompuan paling jambu dalam family.

4. Anak pompuan kerja high post

5. Anak pompuan biasa pakai barang branded

6. Anak pompuan yang tastenya... berkajang-kajang kalau disenaraikan

7. Kakak belum kahwin, jadi kena kasi double untuk belanja kakaknya sekaligus

8. Anak pompuan yang rasa dirinya... lengkap segala-galanya

9. Bapak pompuan tauke kayu balak, mak pulak bekas eksekutif

10. Untuk membuktikan yang si lelaki mampu menyara anaknya yang high-maintainence.

Selalunya jawapan yang diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat (ni selalu dok mengumpat antara family lelaki saja)

1. Eh!!!! ni nak meniaga anak ke apa? Kadang tu mak bapak ok jer... si anak pulak lebih-lebih.

2. Kalau pandai masak ke jahit ke, satu hal jugak. Ni asyik pandai mekap je..

3. Camni bilang kat dia orang simpan anak tu dalam store buat perhiasan laaa

4. Kalau lawa macam Karishma Kapoor tu takpa jugak. Ni hidung pesek macam kena lenyek je.

5. Apa diorang ingat kita sedara Bill Gates ke?

6. Lupakan sudah budak pompuan tu. Nanti mak carik kan yang lebih power dari Catherine Zeta-Jones.

Ini pula kata2 dari pihak sebelah pompuan yang lelaki teringin sangat nak dengar;

1. Ikut suka hatilah. Berapa yang pihak lelaki nak kasi..., kita ambik je,,,. member tak cerewet.

2. Takpelah... Kalau tak boleh adakan sekarang, kahwin dulu. Lepas tu bayar pelan-pelan cara instalment.

3. Jangan bimbang. Hangpa cuma adakan hantaran je.... Duit majlis semua kita sponsor.

4. Pasal sekarang ni musim grand sale sana sini, jadi kita ada staff discount. Hangpa cuma kasi 10% je.

5. Berapa nak bagi, bagilah. Nak ambik free pun takpe. Anak pompuan kita ramai lagi.

6. Apakata kalau hangpa ambik kakaknya sekali. Tapi hantaran tetap sama. Kira 2 for the price of 1 ler. Risaulah kakaknya tak kahwin- kahwin lagi...

Kalau kena pulak family lelaki yang loaded kekayaan 7 keturunan tak habis punya, jawapannya :-

1. Okay setuju. Kita up lagi RM10,000. Nothing much ler....

2. Ehh... sikit benar!!! Camni tak nak lah.... Tak sama standard dengan kita punya expectation.

3. Ni... hantaran kira Rupiah ke Sin. dollars..? Kita cuma simpan American dollars je.

4. Kita tak biasa pakai cash laaa... pilihlah nak AMEX ke... Diners ke... boleh kata semua kredit kad kami ada la...

5. Sebagai hadiah upacara masuk meminang ni.. kami ada siapkan kereta Lambhorgini. Tu anak bujang kami tengah parking kat bawah tu.

6. Ni... dia orang mintak hantaran ke... mintak duit nak belikan dia baju tiduq... Murahnya...?

Doa Untuk Mendapat Jodoh..

Ya Tuhan, kalau dia memang jodohku,
dekatkanlah...

Tapi kalau bukan jodohku,
Jodohkanlah....

Jika dia tidak berjodoh denganku,
Maka jadikanlah kami jodoh...

Kalau dia bukan jodohku,
Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, selain aku...

Kalau dia tidak bisa di jodohkan denganku,
Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain,
Biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku...

Dan saat dia telah tidak memiliki jodoh,
Jodohkanlah kami kembali...

Kalau dia jodoh orang lain,
Putuskanlah! Jodohkanlah dengan ku....
Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain,
Biar orang itu ketemu jodoh dengan yang lain dan
Kemudian Jodohkan kembali dia dengan ku
..


p/s....jgn diamalkan doa ni ya.....sr tak akan bertanggungjwab..

puisi di lautan sunyi..



lautan sunyii tiada ombak hendak bertandang
lurus tiang layar tanpa angin tiada mengembang

antara harapan dan kelam memucat pasang
ada jarak mulai terpancang meski bayang-bayang


[ sedih ] Wanita berstatus Isteri lari ikut Mat Afrika

gambar hiasan

JOHOR BAHRU: Bukan sekadar memikat dan melarikan isteri seorang pemandu lori yang hamil tiga bulan, seorang pelajar ‘Awang Hitam’ didakwa berlagak sebagai suami wanita berkenaan sejak setahun lalu dan tinggal sebumbung meski pun mereka berdua tiada sebarang ikatan sah.

Lebih membimbangkan, penuntut Afrika di kolej swasta di Selangor dipercayai bukan Muslim dan sekiranya mereka bersekedudukan ia dikhuatiri menyimpang akidah wanita dan bayi yang dijangka lahir Disember lalu.


Tidak cukup dengan kejayaan melarikan wanita itu, Awang Hitam berkenaan dengan berani menghantar SMS kepada suami wanita itu mengugut mahu mengambil tindakan sekiranya masih mengganggu keluarganya.

Selain itu, Awang Hitam terbabit mendakwa suami wanita itu pernah merogol dan memukul wanita berkenaan, sebelum mengakui wanita itu kini isterinya.


Mangsa, Zakaria Hitam, 35, berkata, dia tidak sangka mahligai dibina sejak enam tahun lalu lenyap selepas isterinya, Jasnianih Japar, 31, berkenalan dengan lelaki Afrika berusia 20-an yang dipercayai menerusi rakan sekerjanya, awal tahun lalu.


“Hampir setiap hari saya melihat isteri berbalas SMS dan berbual di telefon tetapi tidak pernah menyangka ia perkara serius hingga menjadi punca kehancuran rumah tangga saya...


apa hebatnya mat afrika ni..?




Pasangan berkahwin berbogel untuk jimat kos pakaian

MELANIE SCHACHNER (dua dari kanan) dan Rene Schachner (dua dari kiri) bergambar dalam keadaan bogel di Feldkirchen, Austria baru-baru ini


FELDKIRCHEN, Austria - Satu pasangan di sini berkahwin dalam keadaan bogel manakala para tetamu lain memakai pakaian, lapor sebuah akhbar semalam.

Pasangan itu, Melanie Schachner, 26, dan Rene Schachner memilih untuk berbogel bagi menjadikan majlis perkahwinan mereka sebagai sesuatu yang boleh diingati buat selama-lamanya.

Melanie berkata: "Kami tidak malu mengenai tubuh kami dan kami mahu melakukan sesuatu yang berlainan. Ia pastinya akan menyelamatkan kos pakaian perkahwinan kami."

Dalam majlis itu, seorang pendaftar perkahwinan yang memakai pakaian menyaksikan pasangan berkenaan membaca ikrar perkahwinan.- Agensi




[ sedih ] Wanita Melahirkan Bayi Berwajah Katak Di Haiti


Seorang wanita Haiti melahirkan bayi berwajah katak di hospital Francisco Gonzalvo. Tubuh kecil itu manusia, tapi wajah, mulut, telinga, kepala, leher, menyerupai katak atau kodok.

Seperti dilapor Ensegundos, Ibu dari fenomena aneh tersebut bernama Tossent Luis, 20 tahun, dari San Pedro de Macoris ke La Romana tiba di rumah sakit dengan tanda-tanda lahir dan dibawa ke ruang bersalin melahirkan selama setengah jam.

Kelahiran anak ini segera membangkitkan rasa ingin tahu doktor dan jururawat di hospital tersebut.

Setelah rumor beredar ratusan orang berkumpul di hospital untuk menelusuri dan menemukan kes yang jarang terjadi.

Kes kelahiran bayi berwajah katak ini juga pernah terjadi di Nepal pada bulan Juni 2009, namun bayi itu tidak memiliki leher dan memiliki bola mata yang besar hampir keluar dari selaput matanya. Menurut para doktor, bayi itu mengalami penyakit yang disebut anencephaly, sebuah penyakit kerusakan tabung syaraf dan tidak lengkapnya perkembangan otak. Janin di dalam kandungan berkembang tanpa tengkorak kepala bahagian atas dan tabung saraf. Bayi yang mengalami keadaan ini dipastikan akan segera meninggal ketika dilahirkan. Penyakit ini juga disebut sebagai penyebab bayi Cyclop (lahir dengan satu mata).


Ya Allah.....! semuanya kehendak MU jua....


Jumaat, 15 April 2011

6 tips melawan hantu......


Hari ini saya ingin berkongsi 6 tips dengan anda mengenai cara-cara mengawal hantu.

Tips ini saya perolehi melalui sumber-sumber lisan dengan beberapa pihak yang boleh dipercayai. Walaubagaimanapun, tips ini hanyalah sebagai panduan sahaja. Bukan untuk tujuan komersial untuk masuk 'Seekers'

Tip 1: Hantu Pocong

Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu rana dia tidak pakai apa apa pun,selain kain kapan pembungkusnya tu.

Tip 2: Hantu Langsuir

Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah.Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.

Tip 3: Hantu Pontianak

Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.

Tip 4: Hantu Raya

Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.

Tip 5: Hantu Galah

Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi, Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada disitu.

Tip 6: Hantu Jerangkung

Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja,dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk


Gitulah al-kisahnya... ada yang seram sejuk ker?


sumber: klik sini

terima kasih pada Nadyahoney



terima kasih kerana ada blogger sudi review blog saya... tak sangka blog picisan saya yg serba kekurangan ini ada yang review...terima kasih banyak-banyak pada ~nadyahoney~


jom sama2 kita terjah blog dia pula....klik sini..


Khamis, 14 April 2011

Tips Mengoda Pasangan Yang Paling Best..( khas kepada yang dah kahwin saja..)..yang belum kahwin pun boleh baca..



Bila kita sudah lama bernikah susah untuk memulakan sesuatu yang dulunya lazim kita lakukan semasa baru nikah. Kadangkala akibat dari perpisahan yang lama atau sesuatu pertengkaran masing-masing malu untuk melakukan gerakan pertama.

Kebanyakkan pasangan melayu yang telah melepasi tahap alam berumahtangga selama 10 tahun, mereka berasa malu2 untuk berkeadaan seperti dalam alam percintaan, sewaktu alam percintaan dia punya "caring..." perggghhhh... macam laila majnun.... selepas bernikah 10 tahun, kalau pasangannya jatuh tersadung batu... pasangannya pula yang kena maki hamun.

Di bawah ini ada beberapa tips untuk menggoda pasangan. Harap-harap anda akan berjaya...;

1. Cuit-cuit
Yang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat si dia sibukdan kelihatan tertekan serta tegang semasa sedang membuat kerja, cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sedikit rasa stressnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedang dibuatnya...

Kemudian fikirkan, jika semasa anda ganggu itu, okey ke tidak? Bukan apa, bimbang nanti kalau tidak kena gayanya, bukan untuk menambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula naik ke muka. Bukankah nayaaa... namanya.

2. Kenyit-kenyit.
Satu lagi, sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu pada yang tersayang. Masakan anda terlupa bagaimana hendak mengenyitkan mata. Buatlah seperti waktu mengurat dulu. Mesti seronok mengusik si dia dengan cara ini. Respons dia juga tentu mengembirakan hati anda.

3. Opsss..., maaf terpegang.
Tidak salah rasanya kalau minta tolong pasangan ambilkan barang kemudian semasa dihulurkan barangan itu, sentuh dan pegang tangannya, bukan ambil barang itu. Lepas itu, pandai-pandailah minta maaf, ‘opssss.., maaf terpegang, tak sengaja’. Kalaulah ini anda lakukan, pasti si dia akan melirik manja pada anda. Aduh..., boleh cair jadinya.... lepas tu tak gheti2 lagi...

4. Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air.
Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia. Tetapi sebelum itu, pastikan bahawa tiada orang luar yang berada di rumah anda dan ketika itu anak anda sedang tidur. Jika tidak, susah untuk anda melakukannya. Sekali sekala, semasa mandi, biarkan pintu terbuka sedikit tetapi jangan besar sangat. Bukalah cukup-cukup untuk si dia melihat anda seperti mengendap. Bukan apa, kalau nampak sikit.. kan lebih menyeronokkan daripada nampak banyak. Kemudian, buatlah macam anda tak perasan pintu tu tak berkunci. Barulah ada ‘ummphhh!’.

Teknik ini hanya yang ada skill mengendap/skodeng saja yang tahu... hahahaha....

5. Tersentuh tangan.
Kalau duduk sebelah menyebelah, rajin-rajin gerakkan tangan, kononnya tersentuh. Lepas itu minta maaf seperti anda tidak sengaja. Mesti seronok menyakat si dia dengan cara ini.

6. Urut mengurut.
Sekali sekala, apa kata kalau anda urut-urut manja badan pasangan anda. Lakukanlah pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, ketika menonton televisyen atau semasa berbual-bual. .

7. Usik melalui telefon.
Sekali sekala, apa kata jika anda mengusik si dia dengan menelefonnya dan berpura-pura hendak bercakap dengan seseorang. Anggaplah seperti orang salah nombor.. Lepas itu, usik-usiklah dia, biar dia marah.
Bila sudah sampai ke kemuncak perbualan dan si dia memang dah marah pada anda perkenalkanlah diri anda.. Tentu menarik.... Tetapi perlulah kena gaya dan waktu agar gurauan anda itu boleh diterima. Silap gaya, anda pula dimarahinya.

8. Suapkan makanan.
Bukan anak sahaja makan nak kena suap.. Si dia pun sekali sekala nak juga rasa makan bersuap. Alahai, macam masa makan beradap ketika bersanding dulu. Jadi tunggu apa lagi, suapkanlah si dia. Barulah mesra.

9. Betul-betulkan rambut.
Kadang-kadang terlalu sibuk buat macam-macam kerja, diri sendiri pun kurang terurus. Jadi pandai-pandailah ambil kesempatan. Kalau rambut si dia terjurai sehingga menutup matanya, betul-betulkanlah rambut tu. Buat dengan lembut. Kemudian hadiahkanlah si dia dengan ciuman. Wah, romantiknya....

10. Jalan macam itik pulang petang.
Asyik berjalan laju saja, macamana nak tarik perhatian si dia? Apa kata, cuba ubah cara anda berjalan. Biar lembut dan sedikit melenggok. Barulah terancam si dia memandang.

11. Nak masukkan gear… opppssss..., terpegang tangan.
Walaupun cara ini dah agak basi, tetapi masih relevan untuk diamalkan. Nampak macam drama swasta tak apa. Janji anda bahagia. Alah, apa salahnya kalu terpegang. Dah sah pun. Tetapi pastikan adegan ini hanya dilakukan sewaktu anda berdua sahaja berada di dalam kereta.

12. Ops… tuala terlepas
Jika si dia berada dalam bilik semasa anda ingin salin baju selepas mandi, ambillah kesempatan ini. Buat-buatlah macam tuala terjatuh semasa hendak pakai baju. Pasti terbeliak matanya melihat anda. Bukan tidak biasa tetapi tidak sangka. Lepas itu, terpulanglah kepada anda….

Terbeliak biji mata ada dua maksud. Pertama terbeliak melihatkan body pasangannya yang seksi dan mengancam. Yang keduanya terbeliak terperanjat melihatkan body pasangannya yang mengeleber atau boroi... lepas tu si dia bantai gelak guling2... hahahaha...

13. Jeling-jeling
Kalau tenung lama-lama nanti oang marah. Dalam masa yang sama, mereka tentu rasa tidak selesa. Untuk tidak menyakitkan hati orang sebaliknya menambat hati si dia, apa kata anda jeling-jeling manja padanya terutamanya ketika dia sedang asyik membaca surat khabar contohnya. Mesti konsentrasinya terganggu. Dan perhantiannya tentulah beralih pula pada anda.

14. Gesel-gesel
Kalau berjalan di tempat sempit, janganlah malu-malu untuk bergesel dengan si dia. Tak payahlah hendak elak-elak. Lagi rapat lagi bagus. Barulah mesra namanya. Selain meningkatkan kemesraan, cara ini juga boleh dijadikan mukadimah untuk hubungan seterusnya…

15. Cubit-cubit
Cubitan itu biarlah cubit-cubit sayang. Janganlah pula melampau sampai merah telinga kawan itu menahan sakit. Bimbang nanti, lain pula jadinya. Elok- elok hendak bermesra, tup tup bertukar jadi perang. Tak ke kes naya jadinya....

16. Hembusan lembut pada telinga.
Walaupun nampak macam biasa, cara begini jarang dipraktikkan. Jika duduk bersebelahan dengan si dia, hembuslah lembut pada telinganya. Pasti hatinya tersentap. Jangan tunggu lama-lama. Apa kata hari ini, balik ke rumah dan anda lakukanlah taktik ini dan pasti pasangan anda terasa dirinya lebih disayangi atau kena sergah... bergantung pada mood pasangan anda.

17. Ciuman di dahi
Yang ini, kalau diamalkan pasti ramai yang cemburu. Apa tidaknya. Wah.., mesranya pasangan tu... Jadi tunggu apa lagi, buatlah cepat, tidak perlu tunggu- tunggu lagi.

18. Sembur wangian pada bilik.
Bukankah kita semua tahu, rumah adalah syurga sesebuah keluarga. Oleh itu pastikan rumah anda sentiasa bersih dan wangi. Dengan cara ini, setiap kali melangkah kaki masuk ke rumah, hati anda pasti tenang. Bila dah tenang, mudahlah untuk ke adegan yang seterusnya.

19. Tolong betulkan baju
Waktu bersiap untuk ke pejabat adalah antara masa yang paling sibuk..Tidak dinafikan saat itu memang tegang. Masing-masing terkejar-kejar, takut lambat ke pejabat. Bagi yang inginkan kemesraan suami isteri, ambil peluang saat sedang sibuk itu dengan tolong si dia betul-betulkan pakaiannya. Biar lagi kemas. Barulah boleh digelar pasangan bahagia.

20. Bisikkan kata romantik pada telinganya.
Bisikkan kata-kata romantik pada telinga si dia. Mesti senyum lebar si dia.

Selamat mencuba.


sumber : Tuan Isa

ayam goreng tiruan daripada daging tikus

tikus yg akan digoreng

disalai dulu

dipotong-potong kecil

diperap dulu



dah digoreng

nampak mcm ayam goreng

daging tikus siap digoreng.


heboh digemparkan dengan telor tiruan.. di dalam negara kita masih belum ada lagi kes atau aduan yang diterima oleh pihak berwajib.

sekarang ni...pun dah ada daging ayam pun dipalsukan, sebenarnya daging tikus..tapi sekali imbas kalau dilihat seolah2 daging ayam...hati-hati jangan tertipu..

berhati-hati seandainya ada yang merancang mahu melawat ke Indonesia dan Vitenam.....



sumber: klik sini

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy