Selasa, 31 Mei 2011

"tulah..jangan bergaduh dengan isteri...."


Sepasang suami isteri telah berselisih faham dan tidak bertegur sapa.Pada suatu malam si suami telah menulis nota..."KEJUTKAN SAYA PUKUL 6.30 PAGI" dan meletakkan nota itu di sisi isterinya yang sedang tidur.

Keesokan harinya si suami terjaga daripada tidur dan mendapati jam di dinding telah menunjukkan pukul 8.00 pagi.Didapati di sisinya terdapat satu nota bertulis..."BANG, BANGUN BANG SUDAH PUKUL 6.30 PAGI"






Wanita bawa alat sulit perogol ke balai polis


DHAKA: Seorang wanita yang bernama Monju Begum, berusia 40 tahun memotong alat sulit seorang lelaki ketika lelaki itu cuba merogolnya dan kemudian membawanya ke balai polis sebagai bahan bukti, kata polis di kawasan terpencil di negara ini, semalam.

wanita ini yang telah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak menjelaskan, lelaki itu yang bernama Mozammed haq Mazi telah menyerangnya. Menurut polis, ibu tiga anak itu diserang ketika sedang tidur di gubuknya di daerah Jhalakathi, kira-kira 200 kilometer di selatan Dhaka pada malam Sabtu lalu. “Ketika suspek cuba memperkosanya, wanita itu memotong alat sulit lelaki itu dengan pisau. Dia kemudian membalut kemaluan lelaki berkenaan dalam plastik politena dan membawanya ke balai polis sebagai bukti jenayah,” kata Ketua Polis Jhalakathi, Abul Khaer. - AFP





‘Berdebar luar biasa’: Selamat Pengantin Baru Abang Jem.....

SAAT BAHAGIA...Salih bersama isteri keempatnya, Emi.


KULAIJAYA: “Debaran yang saya rasakan ketika akad lafaz nikah kali ini amat luar biasa. Tapi, Alhamdulillah semua berjalan lancar dan saya bersedia menunaikan tanggungjawab sebagai suami Emi,” kata pelakon dan penyampai radio, Salih Yaacob, semalam.

Salih diijabkabulkan dengan Samihah Sheikh Ali, 25, atau mesra dengan panggilan Emi di Masjid Jamek Bandar Kulaijaya, di sini, pada kira-kira jam 3.40 petang semalam, sekali gus melengkapkan kuota empat isteri yang dibenarkan ajaran Islam.

“Saya akan berkongsi kegembiraan dengan berbulan madu di China tidak lama lagi dan lebih menarik, keempat-empat isteri dan semua anak akan menyertai rombongan, namun saya belum menetapkan tarikhnya,” kata Salih.

Menurutnya, walaupun pernah bernikah tiga kali, debaran dirasainya kali ini berbeza hingga dia melafazkan ikrar nikah dua kali.


Malah, telatah penyampai radio Sinar FM itu yang seolah-olah bergurau, membuatkan kira-kira 100 saudara-mara ketawa seketika sebelum lafaz kedua disahkan jurunikah, Mohd Fahmi Samad.



p/s>......abang jem memang lelaki yang hebat...


Isnin, 30 Mei 2011

bila ada orang yang teringat pada Anaklaut, hati saya jadi terharu ...



sebenarnya pagi ni...seperti biasa dalam tengah dok membaca komen-komen sahabat di blog, saya tertarik satu komen, dari Faaein Talip Roy bila dia menyebut perkataan "Anaklaut" Hati kecil saya sekali lagi terusik.. Faaein adalah seorang blogger di blog saya Anaklaut.. di blog itulah banyak kenangan manis pahit terukir...dan yg paling pahit pun banyak..terima kasih Faaein ( atau Faarihin). .. atas perkara2 yang tak dapat dielakkan blog tersebut terpaksa dipadam.....

terima kasih pada sahabat2 yang masih ingat pada anaklaut..



Faaein Talip Roy berkata...


puisi anak laut memang best2 aje di baca... rindulah plak dengan blog itu..


Ahad, 29 Mei 2011

abang ingin menulis puisi...



sayang....ingin sekali abang menulis puisi di gelombang laut..
biar arus menghanyutkan ke tengah teluk
berombaknya menjadi ombak bertaut..


sayang....ingin sekali abang menulis puisi di kala hening..
biar malam melarutkan dalam lenamu..
menjadikannya mimpi indah..

ombak bertaut...yang kekal abadi..


Sabtu, 28 Mei 2011

Isteri Minta Cerai Gara-Gara Alat Sulit Suami Patah


Seorang lelaki dituntut cerai oleh isterinya setelah isterinya mendapati Mr.P suaminya palsu. Hal ini terbongkar ketika mereka sedang berhubungan seks. Si suami, Grigory Toporov (48), mengatakan bahawa dia tidak tahu seberapa besar Mr P yang diinginkan isterinya sehingga dia melakukan 'sambungan' Mr.P. Namun, isterinya terkejut dan ketakutan ketika Mr. P suaminya patah saat mereka sedang asyik melakukan aksi panas. Greg mengatakan akan melakukan extension Mr. P lagi, namun si isteri sudah tak kuasa di tipu dengan kegagalannya ketika di ranjang dan dia tetap minta cerai.

sangat kesian laa kat isteri......palsu rupanya...




Jumaat, 27 Mei 2011

cuti dah bermula.....selamat pengantin baru kepada yang akan melangsungkan perkahwinan....



cuti dah bermula....sekarang tengah bersiap2 untuk pergi ke Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan, di Dataran Rembau, Negeri Sembilan yg akan dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, malam ini..

pastinya ramai yang akan melangsungkan perkahwinan dalam masa cuti nanti, kepada yg akan melangsungkan perkahwinan tu, selamat pengantin baru diucapkan, moga kekal bahagia hingga ke anak cucu..



Rabu, 25 Mei 2011

malam ni baru boleh update blog...



dah agak lama tak update blog....apa boleh buat, kesibukan yg melanda.., kesibukan dengan tanggungjawb yang diamanahkan...memang kalau boleh, setiap hari nak update..

hari ni seharian di PD, di Politeknik PD, kerana ada Program Bersama Kementerian Pelajaran, semua guru-guru di Negeri Sembilan dan Melaka, berkumpul di Dewan Wawasan..

terima kasih pada sahabat2 yg masih ingat dan singgah blog ni..wp dah lama SR tak update..





Sabtu, 21 Mei 2011

Jenis-jenis Pengorbanan Suami Yang Selalu Isteri Tak Sedar..


Pada akhir zaman yang serba canggih dan moden ini, ramai isteri2 telah lupa pengorbanan yang dilakukan oleh si suami. Mari kita lihat antara apa yang insan bernama suami korbankan untuk wanita yang bergelar isteri..

1. KAIN, kain lebih banyak ukurannya untuk buat baju kurung isteri daripada seluar suami. Suami sanggup beli kain yang banyak untuk isteri.

2. MESIN basuh/mesin parut kelapa/mesin jahit/blender/ oven/dan macam2 lagi mesin kat rumah, semuanya suami lebih rela tak pakai, semuanya ikhlas bagi isteri guna.

3. SABUN, BERUS, PENYAPU, sekarang ni anda semua tahu harga barang semuanya naik. Tetapi si suami sanggup beli setiap bulan untuk isterinya sedangkan suami tak pernah gunakannya.

4. TUALA, suami cuma pakai sehelai saja tuala sedangkan setiap bulan isteri bertukar-tukar tuala..

5. BAJU, suami cuma pakai sehelai saja baju dalam satu masa, tapi isteri pakai dua baju dalam satu masa (baju dalam).. ngeeee...

6. BARANG KEMAS, suami tak pun pakai rantai emas, subang emas, gelang emas. Tapi beli jugak untuk isteri. [ hehhehe]

7. ALAT SOLEK, suami rela tak pakai gincu, maskara, eye shadow dan bagai2 lagi alat solek tapi SANGGUP beli untuk isteri. Ini yang paling tak boleh blah ni... membazir... tapi belikan jugak...[ hehehe]

8. KASUT, suami lebih rela pakai kasut yang tumitnya rendah, demi isteri dia sanggup beli yang bertumit tinggi.

9. REHAT, 90 hari isteri di beri rehat selepas melahirkan anak sedangkan suami mungkin akan diberhentikan kerja kalau rehat sebegitu lama.

10. AMBULANS, setiap kali nak melahirkan anak, isteri dapat merasa naik ambulans sedangkan suami, Cuma ikut dari belakang dengan kereta sendiri.

11. TIDUR LUAR, kadang-kala bila ada perselisihan faham, suami berkorban tidur di ruang tamu, sedangkan isteri syok jer.. tidur dalam bilik.

sumber: klik sini


** mode tersenyum2..

[ gambar ] Cara-cara seorang gadis menipu agar punggungnya nampak tegang...








Inilah cara sesetengah wanita menipu agar punggung
mereka kelihatan tegang @ mantop....


kat Malaysia ada juga ke yg buat mcm ni??






Rakaman CCTV, seorang lelaki cuba merogol seorang gadis di Russia..




Skala kejahatan pembunuhan dan pemerkosaan meningkat di Rusia [ nisbah 1 minit berlaku 500 kes rogol) Untuk memantau pihak berkuasa memasang kamera cctv di tempat yang selalu berlakunya kejahatan rogol. Berikut ini video cctv yang asli yang dirakam aksi jahat seorang lelaki yang cuba memperkosa mangsanya. Video ini boleh menjadi pengalaman bagi kita untuk mencegah kejahatan tersebut...

Di Malaysia pun kes rogol banyak berlaku....harap pihak berkuasa memperbanyakkan alat cctv ni agar dapat memudahkan pihak polis menangkap penjenayah ni....



apa kita nak buat kalau kita dapat tangkap lelaki ni agaknya..??



gara-gara bawa lari anak gadis orang kahwin di Thailand, lelaki ini teruk dipukul.

SAKIT...Mohd Azhar mengalami cedera di mata, tangan dan anggota badan akibat dibelasah awal pagi, kelmarin.

SUNGAI PETANI: “Saya bukan saja dibelasah dengan tangan diikat pada tiang, malah hanya tinggal seluar dalam selepas pakaian saya ditanggalkan,” kata seorang peniaga, Mohd Azhar Aziz, 31, yang mendakwa dipukul lebih sejam oleh sekumpulan 40 lelaki di Kampung Simpor Tambang, Kota Kuala Muda di sini, awal pagi kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati anggota keluarga isteri Mohd Azhar yang baru dikahwininya seminggu lalu di Thailand.

Mohd Azhar yang juga seorang peniaga berkata, dalam kejadian itu sekumpulan enam lelaki menaiki kereta dan motosikal datang ke rumahnya di Taman Orkid, Sungai Layar di sini, sebelum memecah masuk pagar dan pintu rumah.

Ketika itu, Mohd Azahar dan isterinya yang berusia 23 tahun berada di rumah dan kumpulan lelaki terbabit memaksanya memandu kereta dengan diiringi dua lelaki manakala isterinya dibawa dengan sebuah kereta lain.


Dia kemudian diarah berhenti dan turun dari kereta sebaik tiba di sebuah stesen minyak di Kampung Rantau Panjang, Kota Kuala Muda.

sumber: Harian Metro 21hb Mei 2011



Memang rasa terkilan dan sukar nak digambarkan seandainya perkara ini terjadi.. mengapa perlu membawa anak gadis orang kahwin ke Tahiland..?..dalam hal ini sepatutnya tidak berlaku kalau tidak mengambil tindakan terburu-buru..

perkahwinan adalah soal besar yang tidak boleh diambil mudah, dengan kata lain maruah keluarga sama ada lelaki dan perempuan perlu difikirkan juga...


semoga menjadi pengajaran kepada kita semua....





Khamis, 19 Mei 2011

terima kasih anak murid ku...


bila hari guru....aku sangat terharu dapat banyak juga hadiah...termasuk surat-surat, kad ( yang dia orang buat dengan begitu cantik sekali..tak minta, tapi pelajar yang nak bagi...nak buat mcm mana..

kadang-kadang...bila pelajar-pelajar dari ke pra hingga ke tahun 6,
rata-rata semua bagi hadiah.....bila cikgu-cikgu lain mendapat kurang hadiah dan saya "terlebih".. tu yg terasa segan juga...

biasalah....yang paling banyak pen merah..dan bunga-bunga.. boleh buat stok selama bertahun-tahun...
kad, telefon bimbit pun ada yg bagi...aduh....

aku cuba "lari' untuk tak nak terima hadiah-hadiah tu.....tapi pelajar2 satu sekolah mencari-cari..
abis macam mana??


apapun terima kasih....pada pelajar-pelajar saya.....saya hanya guru biasa.. sabar mengajar tulis baca..demi memajukan anak bangsa...


p/s...minta2 pelajar saya tak perasan blog saya ni...:))


kembali online.....selepas seminggu berehat


seminggu tak update blog..hari ni saya kembli online,
terlalu banyak yg berlaku dalam seminggu ni...


terima kasih pada sahabat-sahabat yg masih singgah dan di sini.. masih belum terlewat lagi untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI GURU, pada semua guru ...di Malaysia..



Isnin, 9 Mei 2011

[ gambar ] budak yang mati lemas di Ulu Bendul yang diambil sebelum peristiwa tersebut...alfatihah buat arwah..

Abdul Azam mengangkat jenazah anak saudaranya dengan bantuan daripada orang ramai.

SEBAK...Wan Azleela tidak dapat menahan sedih ketika melihat jenazah dua anaknya



TINGGAL KENANGAN...gambar Nursyaza Alisa (kanan), Norshaza Azera (kiri) dan Nur Sakinah (tengah) tidur bersama sebelum kejadian.


para penyelamat sedang mencari mangsa yang masih hilang


Berat mata yang memandang berat lagi bahu yg memikul...saya sangat simpati kepada Puan Wan Azleea Wan Abdullah, yang kehilangan 3 orang anaknya akibat fenomena 'kepala air ' di Ulu Bendul beberapa hari yang lalu.. ( 2 orang dah dijumpai, manakala Nurshaza Shakinah Said, 2 tahun masih lagi belum dijumpai sehingga sekarang.



KUALA PILAH: Sambutan Hari Ibu tidak bermakna bagi seorang wanita apabila kehilangan tiga puterinya sekali gus dalam kejadian arus deras di Hutan Lipur Ulu Bendul, di sini, Selasa lalu.

Lebih meruntun jiwa apabila jasad seorang anaknya belum ditemui sehingga kini.

Keadaan itu menyebabkan Wan Azleela Wan Abdullah, 33, masih tekad berusaha mencari jasad anak bongsunya, Nurshaza Shakinah Said, 2, walaupun kejadian masuk hari keenam, semalam.

Malah, ibu berjiwa kental itu mengetepikan kesedihan kehilangan tiga anak kesayangannya serentak dalam kejadian fenomena ‘kepala air’ itu untuk turut serta turun ke sungai bagi mencari anak bongsunya.

Menurut Wan Azleela, dia amat sedih kerana tidak berpeluang menyambut Hari Ibu bersama anak-anaknya.

“Tiada lagi kucupan dan rengekan manja mereka. Hanya Tuhan tahu perasaan ini dan saya nekad mahu memastikan anak bongsu saya itu mempunyai pusara.

“Saya amat berharap Shakinah ditemui kerana bila ada jasad bermakna akan ada kubur mereka. “Saya boleh melawat kubur untuk mengubat kerinduan terhadap mereka,” katanya.

Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Hasan Malek dan isterinya, Datin Norainee Mohd Yatib meluangkan masa menziarah keluarga mangsa di lokasi kejadian, semalam.

Wan Azleela berkata, air matanya sudah kering menangisi pemergian tiga anaknya itu termasuk Nurshaza Alisa, 5, Nurshaza Azira, 4.

"Sejak anak-anak hilang, saya menyertai gerakan mencari tidak kira siang atau malam tanpa mempedulikan kesejukan air sungai.

“Namun, saya tahu mereka gembira dan riang di sana. “Apabila bersendirian, saya sentiasa melihat Shakinah tersenyum ke arah saya.

“Saya berdoa mereka dirahmati Allah. Saya juga berharap mereka mendoakan saya tabah menjalani hidup ini di dunia tanpa kehadiran mereka di sisi,” katanya.

Sementara itu, Hasan berkata, seorang kaunselor Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Pilah ditugaskan memberi khidmat kaunseling kepada keluarga mangsa supaya dapat menerima hakikat kejadian berkenaan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Jaafar Baba berkata, pihaknya kini membahagikan kumpulan mencari dan menyelamat (SAR) kepada dua kumpulan membabitkan kawasan sungai yang dalam dan tempat berkelah.



SR mengucapkan takziah kepada Puan Wan Azleela..harap beliau bersabar atas dugaan Allah SWT yang maha hebat ini....

gerimis membasahi hati



petang ini gerimis turun lagi..
membasahi mata..
membasahi hati..


cuti hari ni....

bangun pagi ni.....selepas solat subuh
terasa kepala mcm berpusing dan pening saja...aduh..
so.....hari ni terpaksa cuti kerja......




Ahad, 8 Mei 2011

Al-Quran, kain ela tidak hangus dalam kebakaran yang meragut nyawa seorang ibu demi selamatkan 3 orang anaknya

RASHIDAH ILYANA dan Zaim Shahrul menunjukkan kain ela yang dibeli oleh arwah ibu mereka untuk dibuat baju raya yang tidak hangus di Taman Sri Guchil, Kuala Krai semalam.


KUALA KRAI - Rumah dan peralatan di dalamnya hangus tetapi apa yang mengejutkan ialah dua naskhah kitab suci al-Quran dan kain ela yang dibeli untuk dibuat baju raya tidak disentuh api.

Itulah penemuan yang dijadikan iktibar oleh seorang anggota tentera, Zamri Hamat, 38, selepas kejadian menyayat hati membabitkan isterinya, Rafidah Ismail, 36, rentung di rumah mereka di Taman Sri Guchil di sini kelmarin.

Dalam kejadian itu, Rafidah sempat mengeluarkan tiga anaknya, Rashidah Ilyana Zamri, 7, Zaim Shahrul Zamri, 6, dan Zaim Iqbal Zamri, 2, dengan memecahkan cermin serta membengkokkan besi tingkap.

Zamri yang bergegas pulang dari Perak memberitahu, kedua-dua naskhah kitab suci tersebut disimpan dalam kotak dan kain itu pula dilipat bersebelahan dengan kotak berkenaan di dalam sebuah almari.

"Saya hairan kerana almari tersebut dan barang-barang lain di dalamnya semua hangus tetapi dua naskhah al-Quran itu dan kain ela arwah isteri saya tidak terbakar,'' cerita Zamri ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Dia membeli kedua- dua naskhah al-Quran itu semasa bertugas di Lebanon pada tahun 2009.

Lima helai kain ela itu dibeli oleh Rafidah di Kota Bharu dua minggu lalu dan disimpan dalam almari tersebut tanpa dibungkus.

Mengenang kembali kejadian itu, Zamri memberitahu, arwah mungkin sukar meloloskan diri melalui tingkap itu disebabkan dia bertubuh besar dengan berat badan kira-kira 85 kilogram.



p/s:....ibu sanggup berkorban nyawa demi anak....


Kita tak pernah bertemu



Kita tak pernah bertemu kecuali dalam mimpi
tapi rindu ini hangatnya membakar seperti api...




Sabtu, 7 Mei 2011

pelangi cinta


ku melihatmu
antara tujuh warna pelangi
sungguh indah
izinku larik
tiap satu lapisan warnamu
biar menjadi pelangi cinta di hatiku


aku tertipu.......

Bila aku lihat dia dari belakang betapa seksinya
awek ini

Ketawa gembira bila melihat awek seksi....
tapi bila aku ketahui rupanya dia bukan awek sejati rupanya pondan..


aku tertipu..mudahnya aku terpedaya....


terus berdiam membisu...tak sangka begitu mudahnya
hidup ini tertipu kerana nafsu....Ya yang penting aku tak nak lagi
ditipu oleh desakkan nafsu..Hidup perlukan perubahan..




mudahnya kita tertipu dengan pandangan mata kita.....




sumber: klik sini..

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy