Rabu, 29 Jun 2011

cerita pasal ayah



petang ini...tiba-tiba ayah mengadu pening kepala...
sejak ayah hidap stroke...atau angin ahmar
semua rutin ku dah berubah...

rutin yg tak pernah tinggal ialah skrg dah jadi tukang urut ayah.
dalam semimggu 4 kali urut ayah...nak harapkan pada siapa., kalau
bukan pada anak dia..bukan?...tulah rutin saya..

segala urusan perubatan ayah menjadi tanggungjwab ku..
balik sekolah, kalau tidak ada apa2 urusan rasmi
pasti dok luangkan masa dengan ayah..kami borak apa saja..
satu moment yg cukup menggembirakan tatkala lihat ayah tersenyum




Kajol Penyanyi Dikir Barat Glamour Kelantan disiasat jabatan agama kerana mengaku bukan Islam




KOTA BHARU: Kontroversi membabitkan penyanyi mak nyah tersohor Kelantan, Kajol, 25, kini memasuki episod baru apabila dia disiasat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) akibat keceluparannya mengaku bukan Islam ketika dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah, 21 Jun lalu.

Pegawai JAHEAIK Jajahan Tanah Merah, Nik Ahmad Zuhdi Nik Yaacob berkata, tindakan itu diambil selepas mendapati penyanyi yang terkenal dengan lagu berentak Bollywood itu melakukan kesalahan serius apabila mengaku bukan Islam.

“Segala bukti mengenai pengakuan penyanyi itu sudah diperoleh dan fail siasatan mengenainya sudah dibuka dan dihantar ke ibu pejabat JAHEAIK.

“Kami mengambil tindakan segera membuka fail siasatan kerana Kajol secara sedar mengaku bukan Islam walaupun pada pengenalan dirinya menunjukkan agamanya Islam,” katanya.

Sebelum ini, muka depan Harian Metro melaporkan, Kajol atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Jeffri dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 atau lima bulan penjara jika gagal membayar denda selepas mengaku salah terhadap pertuduhan berperwatakan seperti wanita dan berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai ketika mengadakan persembahan di sebuah tapak ekspo di Tanah Merah, 15 April lalu.

Bagaimanapun, hukuman itu ditangguhkan selepas Kajol merayu semua hukuman dijatuhkan ke atasnya dikemukakan semula kepada Mahkamah Tinggi Syariah untuk dibicarakan semula pada prosiding akan datang.
Kajol yang berseluar jeans biru dan berbaju panjang berwarna hitam mengaku salah atas pertuduhan serta fakta kes dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Syarie, Aris Fadhilah.

Ketika nasihat diberikan, Kajol dilihat menyampuk dengan berkata: “Saya bukan orang Islam, tetapi Orang Asli”, menyebabkan hakim bertegas kerana dokumen dikemukakan di hadapannya mengesahkan Kajol beragama Islam.
Menurut Nik Ahmad Zuhdi, beliau tidak dapat mengulas lanjut kerana kes berkaitan Kajol sedang disiasat.

“Apa yang penting, kami sudah buka fail siasatan dan penyanyi itu akan disiasat atas perbuatannya,” katanya.

Sebelum dijatuhi hukuman itu, Kajol pernah mencetuskan kontroversi apabila mengaku lebih rela mati daripada berubah menjadi lelaki sejati.

Muka depan Harian Metro pada 20 April lalu melaporkan, Kajol memberi alasan bukan sengaja mahu menjadi wanita, tapi naluri wanita memang wujud dalam dirinya sejak zaman kanak-kanak lagi.

Kajol turut mengakui dia ‘lemas’ dengan pelbagai dugaan menimpanya, termasuk ditahan penguat kuasa jabatan agama menyebabkan dia mengambil keputusan nekad untuk tidak lagi membuat persembahan di Kelantan.

“Saya manusia biasa dan tidak mahu terus terseksa. Saya sedar, saya seperti diharamkan di Kelantan. Daripada terus ditahan, lebih baik saya berhenti daripada membuat persembahan di Kelantan.

“Justeru, kepada semua peminat yang memberi sokongan setiap kali saya membuat persembahan di Kelantan, saya ucapkan ribuan terima kasih. Kita tidak akan berjumpa lagi di Kelantan,” katanya yang mendakwa mempunyai 25 album.


sumber: harian metro


Selasa, 28 Jun 2011

Mahasiswi Di Universiti China Diminta Siapkan Assignemnt Pamerkan Seluar Dalam Untuk Tugasan Mereka..[ ada ke patut..ishh..ishh]





TEMPO Interaktif, Pengumuman itu ditampal di asrama mahasiswa di Wuhan, Hubei, China. Bunyinya: “Yi Ci, jurusan ilmu filem, sedang mengumpulkan bekas pakaian dalam untuk pameran tugas akhir.

Yi Ci juga menulis, “Saya berharap kamu boleh menyumbangkan bekas pakaian dalam anda ke dalam kotak di bilik mandi umum. Sumbangan anda akan menjadi sebuah karya seni yang besar. Ayuh, bergabung dengan saya!

Dalam beberapa minggu, Yi Ci berhasil mengumpulkan ratusan bekas seluar dalam . Keinginan mahasiswi senior di Hubei Institute of Fine Arts akhirnya terwujud. Dia menggelar pameran bekas seluar dalam dengan tajuk “Privacy."





Wanita ni selamba berjalan tanpa pakaian


GUANGZHOU - Seorang perempuan muda membikinkan orang ramai kelam kabut di jalanan di Guangzhou, China Selatan. Perempuan tersebut berjalan kaki dengan tanpa pakaian sehelai pun.

Perempuan yang dalam likungan 20 tahunan tersebut terakam kamera CCTV sedang berjalan kaki di sisi-sisi jalan daerah Ghuang Zhou.

Perempuan tersebut tidak berhenti melangkahkan kakinya hingga dia memasuki sebuah hospital bernama Zhongshan. Di sana seorang jrurawat memberikannya pakaian.

Hingga berita ini dikutip dari Orange, polis masih menyiasat perempuan tersebut.



p/s....mungkin ada masalah kesihatan kot....

Lelaki kena tipu,kekasihnya yang berjilbab rupanya seorang lelaki


REPUBLIKA.CO.ID, MADINAH – Di Arab Saudi, seorang pemuda mengaku sangat terkejut setelah mendapati kekasihnya yang selama ini selalu dibalut pakaian hitam dan berjilbab adalah seorang pria.

Pemuda yang disembunyikan identitasnya itu mengenal sang ‘kekasih’ melalui jejaring sosial. Berkasih adalah hal terlarang di Arab Saudi, dan keduanya membangun hubungan dengan chatting atau saling berkirim surat elektronik.

Suatu hari, keduanya sepakat untuk bertemu di sebuah restoran di Madinah. Sang pemuda memandu sejauh 800 km untuk menemui belahan jiwanya di sebuah restoran makanan segera gaya Amerika, yang agak longgar peraturannya, sehingga keduanya boleh bertemu di dalamnya.

Sang ‘gadis’ datang bersama rakannya, sama-sama berjilbab menutup muka. Ketika mula makan, si pemuda meminta dia untuk membuka penutup mukanya sedikit, hingga ia boleh melihat wajahnya. Alangkah terkejutnya, ia menemukan sang kekasih adalah seorang lelaki; walau suaranya lembut, namun ada bekas cambang dan kumis yang tak tercukur rapi.

Menurut laporan Al Wathan, kini keduanya meringkuk di tahanan: sang pemuda untuk tuduhan berkhalwat (berdua dengan lain jenis di tempat tersembunyi) dan sang ‘kekasih’ untuk tuduhan penipuan.



Sabtu, 25 Jun 2011

ku ingin dikau tahu

blue sunset di Korea Selatan


ku ingin
dikau tahu
walaupun ku
jauh

dikau
ada
selalu
di hatiku.





SEPAH JUARA MAHARAJA LAWAK...TAHNIAH. SEPAH.!



Persembahan yang menarik dan bersahaja, melayakkan kumpulan Sepah dijulang sebagai juara sulung Maharaja Lawak.Kumpulan yang dianggotai oleh Jep, Shuib dan Mamat itu berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM350,000 dan trofi dalam pertandingan akhir yang berlangsung di Stadium Malawati di sini malam ini.

Gelaran naib juara pula menjadi milik kumpulan Jozan yang turut memberikan persembahan mencuit hati sekali gus memenangi wang tunai sebanyak RM250,000 beserta trofi.Meskipun disebut-sebut akan memberikan saingan hebat pada pertandingan akhir itu, namun, Nabil hanya mampu berpuas hati dengan kedudukan tempat ketiga.

Namun begitu, juara Raja Lawak musim kedua itu tidak pulang dengan tangan kosong apabila wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi menjadi hak miliknya.Sementara itu, tempat keempat dimenangi kumpulan Jambu yang memenangi RM50,000 dan trofi.

Kesemua persembahan yang bertemakan bebas dan muzikal itu telah diadili oleh tiga juri tetap iaitu Mamat Khalid, Ahmad Idham dan Saiful Apek yang mewakili 50 peratus.Selebihnya adalah menerusi undian khidmat pesanan ringkas.

Maharaja Lawak merupakan program realiti yang julung kali diterbitkan dengan menghimpunkan bekas juara dan finalis program Raja Lawak dari musim pertama hingga kelima.Lapan peserta lain yang telah tersingkir sebelum ini ialah kumpulan R2, Balas, Man, Amir, Alex, Jihan, Wai dan XN3.

TAHNIAH SEPAH..................




Jumaat, 24 Jun 2011

Inilah cara paling brutal untuk bakar roti..pasti gempak..










kadang2 kita kesuntukan masa untuk bakar roti... biasalah..sekarang ni semuanya kena cepat belaka...

Inilah satu cara yg paling brutal untuk bakar roti dengan cepat..tapi hati-hati jangan sampai rentung lak roti tu...


ada sape yang nak cuba..? boleh cuba.....


Khamis, 23 Jun 2011

Rawatan Cara Baru...Pakar Psikologi Wanita Berbogal Di Depan Pesakit...


Pakar Psikologi ini yakin bahawa dengan bertelanjang diri di depan pesakitnya dia ingin menunjukkan ke mereka bahawa tidak ada yang disembunyikan dari dirinya


KOMPAS.com – Ada cara mengorek keterangan dari lelaki tentang perasaan yang bergejolak di dalam diri mereka. Namun, seorang psikologi cantik berusia 24 tahun ini mempunyai cara tersendiri untuk melakukannya, iaitu dengan telanjang.

Sarah White cuba cara mendapatkan keterangan dari pesakitnya di New York dengan cara terapi yang benar-benar unik. Dengan melepaskan satu per satu pakaian yang dikenakannya selama sesi kaunseling, White yakin tindakannya ini dapat mencairkan ketertutupan sikap dari pesakitnya.

“Saya sengaja melakukannya untuk mengendalikan diri para pesakit saya itu. Tujuannya saya telanjang di depan mereka adalah agar mereka memahami diri dan lingkungan mereka secara lebih baik sehingga mereka boleh mendapatkan kekuatan dari kenikmatan yang timbul dari diri mereka dan kekuatan itu diharapkan tidak hanya muncul selama sesi terapi tetapi juga sesudahnya,” ujar White.

Sesi awal konsultasi yang ditawarkan melalui komunikasi satu arah di web cam dan pesan SMS dikenakan biaya 150 dollar AS. Begitu White yang telah memiliki sekitar 30 pesakit mengenal mereka secara lebih jauh maka dia menawarkan komunikasi dua arah melalui video Skype dan bahkan, untuk beberapa kes, melalui konsultasi secara langsung.

Pendekatan terapi sambil telanjang yang diterapkan White ini tentu saja memikat kliennya yang sebahagian besar adalah lelaki. Salah satu latarbelakang dari diterapkannya pendekatan ini adalah kerana White merasa ada yang tindakan yang kurang dan tidak berinspirasi dalam teknik konsultasi dari studi strata-1 psikologi yang pernah didalaminya.

Lewat penuturannya ke New York Daily News, White menilai teknik yang dijalankannya telah memberikan dorongan minat lebih besar pada kaum lelaki yang cenderung kurang tergerak apabila dibandingkan kaum perempuan dalam berkonsultasi. “Saya melihat ada yang kurang dari teknik terapi klasik yang cenderung represif ketimbang mendorong orang lain untuk bersikap terbuka.”

“Tujuannya adalah memperlihatkan kepada pesakit bahawa tidak ada yang disembunyikan dari diri saya dan mendorong mereka untuk bersikap lebih jujur. Bagi lelaki tertentu, melihat susuk wanita telanjang dapat membantu mereka memfokuskan perhatian serta melihat diri mereka secara lebih luas selain membantu mereka menyampaikan apa yang ada di fikiran mereka secara terbuka,” tambah wanita yang berasal dari Upper West Side ini.

“Freud menerapkan asosiasi bebas. Saya memilih untuk telanjang,” jelas White untuk membandingkan teknik konsultasi yang ditawarkannya dengan teknik klasik dari Sigmund Freud.

Tentu saja teknik terapi yang diterapkan White juga disambut suara penentangan. Diana Kirschner, psikologi klinik di New York, menjelaskan: “White hanya menggunakan terapi kata-kata tetapi saya tidak menganggap ini sebagai terapi. Saya menilai pendekatannya itu sebagai pelayanan interaktif pornografi melalui internet.”

Interaksi bernuansa seks antara pesakit dan ahli terapi merupakan pelanggaran besar kode etik berdasarkan ketetapan yang dikeluarkan oleh American Psychoanalytic Association. Bahkan hubungan fizik saja sudah dianggap sebagai pelanggaran kode etik profesi.

Namun, White menekankan tidak terjadi hubungan fizik dalam terapi yang ditawarkannya. “Saya tidak menjalin hubungan intim dengan pesakit saya.”



p/s:..minta2 tak berlaku di malaysia...

Rabu, 22 Jun 2011

Indahnya sebuah persahabatan.....






Kalau melihat persahabatan yang ini memang sepertinya sukar untuk dipercaya,tapi hal ini benar-benar terjadi dan sepertinya mereka sudah menyelesaikan permusuhan di antara mereka.

Tidak ada lagi perbezaan di antara mereka, tidak peduli ada yang hitam atau putih, besar atau kecil, yang mereka fikirkan hanyalah dapat hidup bahagia bersama, itu sudah cukup.




Inilah lelaki yang memenggal kepala pesalah hukuman mati

Putus Kepala.

Muhammad Saad al-Beshi

Di Arab Saudi, nama Muhammad Saad al-Beshi, cukup terkenal. Maklum saja, lelaki yang kini berusia sekitar 50 tahun ini merupakan seorang eksekutor handal (pemenggal kepala) yang dipekerjakan secara khusus oleh pemerintah Arab Saudi. Beshi, yang direkrut jadi eksekutor sejak 1998, mengaku bangga dengan pekerjaannya itu.

Bukan hal yang menakutkan baginya meski harus menjalankan perintah memenggal kepala para pesalah mati, tak terkecuali wanita. Padahal secara peribadi, al-Beshi merupakan orang yang antikekerasan terhadap perempuan.

“Saya memang menentang kekerasan terhadap perempuan. Namun, jika semua perintah (pemenggalan) datangnya dari Tuhan, saya harus melaksanakannya. Saya bangga boleh melakukan pekerjaan untuk Tuhan,” ujar Beshi seperti dikutip harian Arab News.

Berdasarkan hukum Islam yang berlaku di Arab Saudi, hukuman mati pantas diberlakukan untuk seorang pembunuh, pemerkosa, penyeludup narkoba, perompakan bersenjata dan pengguna narkoba.

Selain diminta memenggal kepala tahanan, tak jarang Beshi juga diminta menembak mati tahanan perempuan. “Semua tergantung permintaan. Kadang mereka menyuruh saya menggunakan pedang, kadang pula dengan senjata api. Namun, seringkali saya memakai pedang,” ujarnya.

Ketika diwawancara, Beshi bekerja sebagai eksekutor di penjara Taif. Di antara tugasnya di sana, ia harus memborgol dan menutup mata tahanan yang menghadapi hukuman mati. Pernah, dalam sehari ia memenggal 10 kepala pesalah hukuman mati.

Betapapun kuat mental Beshi, dia mengakui bahawa ketika pertama kali menjadi eksekutor di Jeddah, ia sangat gugup. Kerana, ramai orang yang menyaksikan eksekusi itu. Namun, kini Beshi telah mampu mengatasi “demam ”-nya. (arabnews/surya/*)




Selasa, 21 Jun 2011

[ gambar ] Asyik BERCUMBUAN Di Sebalik RUSUHAN Dan GAS PEMEDIH MATA


Ditengah kekecohan di tengah bandar setelah penyokong Vancouver Canucks membuat rusuhan setelah pasukannya gagal memenangi Piala Stanley. Banyak kejadian kebakaran, rompakan dan pergaduhan berlaku sepanjang rusuhan Vancouver 2011. Pastinya pelbagai reaksi berbeza dapat dilihat setelah keghairahan diluahkan di jalanan.

Pada masa yang sama juga, ada pula sepasang kekasih asyik bercumbuan di jalanan. Tetapi ia tidak akan bertahan lama.

Apabila sebuah foto unik pasangan kekasih ini bermesra dan bercumbu disebalik tembakan gas pemedih mata yang ditembak pihak polis pada pagi Khamis lalu, sudah pasti ia menjadi perlumbaan kepada pihak media untuk mendapatkan berita tentangnya.

Dan yang pastinya, akan ada seribu pertanyaan ditimbulkan media. Siapakah mereka? Apakah yang mereka fikirkan? Dan siapa yang dapat mengesan mereka terlebih dahulu?

"Kami sedang mencari pasangan bercium di dalam foto ini," menurut tweeted CBC News pada pukul 10.00 pagi Khamis. "Anda kenal mereka?"

Permulaan yang baik. Lagipun, Twitter seperti kebiasaannya dapat mendapatkan imej tersebut dengan cepat.

Nampaknya manusia pertama yang mengesan foto unik ini ialah Gerrard Trojillo (gt23GOTHUNDER) yang menulis di dalam Tweet, "Kelakar, pasangan ini bercium semasa rusuhan canuck" pada kira-kira jam 10.00 pagi Khamis lalu


p/s: bila dah nafsu tak dapat dibendung....mcm nilah jadinya..

[ gambar ] dua gadis Kelantan Solat Maghrib di dalam Stadium Nasional Bukit Jalil pada Final Bola Sepak Piala FA Kelantan vs Terengganu yang lalu


Inilah dua orang gadis kelantan ( penyokong Kelantan, Red Warrior) sedang menunaikan solat maghrib beralaskan bendera Kelantan di Satdium Nasional Bukit Jalil di Final Kelantan lwn Terengganu 11hb Jun 2011 yang lalu..yang sempat dirakamkan...


bola-bola juga.....tanggungjawab pada Allah SWT tak dilupakan....

Inilah Pasangan Lesbian Yang Pertama Berkahwin Di Nepal

COURTNEY MITCHELL (kanan) menyarungkan cincin perkahwinan kepada pasangan lesbiannya, Sarah Welton dalam majlis perkahwinan sesama jantina di sebuah kuil Hindu di Katmandu, Nepal semalam.

KATMANDU - Seorang peguam wanita dan profesor wanita dari salah sebuah kolej di Amerika Syarikat (AS) merupakan pasangan lesbian yang pertama berkahwin di Nepal semalam.
Nepal baru-baru ini telah mengiktiraf hak-hak lelaki homoseksual dan menggubal undang-undang untuk menamatkan diskriminasi seksual.
Pasangan itu, Courtney Mitchell, 41, dan Sarah Welton, 48, dari Denver, Colorodo diraikan dalam persandingan tradisi Hindu di kuil Dakshinkali yang terletak di selatan Katmandu, ibu negara Himalaya.
Ahli Parlimen Nepal, Sunilbabu Pant, seorang aktivis hak gay berkata, ia merupakan perkahwinan awam pertama daripada pasangan lesbian di negara konservatif.
Di Nepal, perkahwinan sejenis tidak menyalahi undang-undang. - AP



p/s:......aga-agak anda...apakah matlamat perkahwinan yang sebegini..?


hari ni cuti.....


baru balik dari menguruskan hal yang agak penting di jabatan...seleps berbincang dengan pegawai yang bertanggungjwab maka beliau menerima sebab mengapa saya menolak jawatan tu...alhamdulillah...dan lega...mungkin lain tahun saya terima...InsyaAllah.. itu pun kalau masih ada lagi peluang ini....rasanya tidak lagi kot..

so hari ni cuti...




30 Tahun Berkahwin Tetapi Belum Pernah Lihat Wajah Isteri



VIVAnews - Pernikahan itu terjalin selama tiga dekad. Anehnya, sang suami sama sekali belum pernah melihat wajah isterinya. Hanya mata yang boleh dipandang selama hidup bersama.

Sepanjang hidupnya, sang istri selalu mengenakan burka, busana tertutup bagi wanita muslim yang hanya memperlihatkan area mata. Bahkan, tidur pun mengenakan busana itu.

Selama 30 tahun menjalani pernikahan tanpa melihat wajah isteri ternyata tak mengubur rasa penasaran sang suami. Diam-diam, lelaki ini nekad menyingkap cadar di wajah isterinya yang tengah lelap tertidur.

Hanya, jawaban atas rasa penasarannya itu harus dibayar ‘mahal’ dengan tuntutan cerai sang isteri, pada 2008 lalu. Sang isteri yang sudah berusia 50-an tahun merasa dikhianati. Dia nekad meminta perceraian, meski suami sudah berulang kali meminta maaf dan berjanji tak mengulangi perbuatannya.

“Setelah sekian tahun, dia (suami) cuba melanggar komitmen, ini sudah kesalahan besar,” kata sang isteri kepada akhbar setempat, Al-Riyadh, seperti dikutip dari laman Daily Mail.

Apa yang dilakukan wanita itu merupakan bentuk kepatuhan terhadap tradisi yang tumbuh subur di kampungnya, tak jauh dari Khamis Mushayt, wilayah barat daya Arab Saudi. Bukan ajaran Islam, namun tradisi ini tumbuh subur di sejumlah kawasan terpencil di beberapa negara Teluk.

Itu pun bukan satu-satunya kes. Seorang lelaki bernama Ali al-Qahtani juga menerima ancaman cerai ketika cuba membuka penutup muka isterinya setelah 10 tahun pernikahan. Beruntung dia dimaafkan setelah berjanji tak akan mengulangi perbuatannya.

Sementara Hassan Al-Atibi mengancam akan menikah lagi jika isterinya tak bersedia membuka penutup muka. Bukannya terancam, sang isteri malah mencarikan wanita yang tak menganut tradisi itu untuk dijadikan isteri kedua. Merelakan suaminya poligami agaknya lebih baik daripada menunjukkan wajahnya ke suami.

Om Rabea al-Gahdaray, 70, salah satu wanita yang menjalani tradisi ini mengatakan bahawa suami tidak boleh melanggar komitmen yang telah disepakati sebelum pernikahan. Suami tak boleh mengubah tradisi yang telah terbangun sejak zamansebelum mereka lahir lagi.

Ketika ditanya bagaimana boleh memiliki anak tanpa mengizinkan suami melihat wajah dan tubuhnya, al-Gahdaray menjawab, “Pernikahan itu tentang cinta, bukan wajah.”




Isnin, 20 Jun 2011

Wanita ini terima cabaran berenang telanjang dengan ikan paus beluga dibawah suhu beku





TEMPO Interaktif, Seorang perempuan Russia, Natalia Avseenko, 36 tahun, menerima cabaran menyelam telanjang dalam air laut yang memiliki suhur di bawah kosong darjah celcius. Natalia merupakan seorang ahli selam yang diminta untuk menjinakkan dua ekor ikan duyung yang tidak suka didekati manusia, apalagi bila manusia itu menggunakan peralatan selam di tubuhnya.

Natalia diminta mendekati dua ekor duyung bernama Matrena dan Nilma yang berada di kawasan Murmanks Oblast di barat utara Russia, di tepi Laut Putih dekat Lingkaran Kutub Utara yang merupakan sebahagian dari Dophinarium Utrish, sebuah tempat pertunjukan paus dan lumba-lumba.

Sekitar kawasan itu ditutup agar paus dan lumba-lumba tidak keluar dan instruktur boleh menjinakkan mereka sebelum mereka dikirim ke dolphinarium di berbagai tempat di dunia. Kegiatan seperti itu sebenarnya banyak dikecam oleh para pecinta lingkungan kerana dianggap kejam.

Duyung memiliki bonggol di kepalanya yang berfungsi mendeteksi lokasi. Bonggol itu juga berguna untuk mengenali manusia yang lebih mudah mereka terima jika tak berpakaian alias bogel. Tentu saja, berenang di air dengan temperatur di bawah titik beku adalah sesuatu yang berisiko bagi manusia.

Rata-rata manusia memiliki kemampuan bertahan di bawah titik beku hanya lima minit. Namun, Natalia yang juga seorang ahli yoga mampu bertahan berada di dalam air selama 10 minit 40 saat. Ia menggunakan teknik meditasi untuk menahan nafas selama di dalam air.

Kedua duyung itu terlihat tersenyum saat menyambut Natalia. Duyung yang merupakan sejenis paus dikenal memiliki ekspresi wajah kerana memiliki struktur tulang yang fleksibel dibandingkan paus. Kedua dugong itu pun memberikan senyum yang lebar untuk Natalia
.




[ gambar ] Lelaki Dirotan 100 kali kerana melakukan zina di UAE


Seorang pembantu rumah berasal dari Filipina dan kekasihnya, warga negara Bangladesh, menerima hukuman rotan 100 kali kerana di tangkap berhubungan seksual di luar nikah. Wanita itu juga akan dihantar keluar dari UAE. Pengadilan Syariah, Sharjah merotan wanita Filipina tersebut 100 kali dan dipulangkan ke negaranya. Sementara, pemuda Bangladesh yang menjadi kekasihnya dirotan dan dipenjara satu tahun dengan tuduhan memasuki tempat tinggal majikan kekasihnya tanpa izin.

Semua pekerja asing di UAE dan hampir di semua negara teluk harus mempunyai penaja jika ingin bekerja di sana. Dalam beberapa kes para majikan memegang pasport pekerja dan boleh menolak jika pekerjanya ingin pindah atau berganti pekerjaan. Dalam kes ini, majikan pekerja asal Filipina tersebut melihat kekasihnya meninggalkan rumah dan melaporkannya ke polii. Majikan wanita tidak memberikan izin kepada pemuda Bangladesh itu memasuki rumahnya. Keduanya mengaku telah berhubungan seksual.

Seperti diketahui di UAE diberlakukan hukum syariah yang ketat bagi pelaku perzinaan bila muslim akan dirotan, dan bila pelakunya bukan muslim akan dihukum kurungan penjara serta dihantar pulang bila pelakunya orang asing.




mengurai mimpi.


diam di tengah malam.
merenungi takdir.
mengurai mimpi.
menuai niat.
membangun angan.
munajat pada Tuhan.



kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy