Ahad, 31 Julai 2011

Bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak lakukan mogok lapar

Bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak kini melakukan mogok lapar dan dilaporkan sangat lemah selepas menolak untuk makan, seperti yang dilaporkan agensi berita Mesir, MENA ( 31/7/2011)

Beliau kini ditahan di Hospital Sharm El-Sheikh, Mesir dan dilaporkan sangat lemah. Hosni kini didakwa di mahkamah atas mengarahkan pihak berkuasa menembak penunjuk perasaan pada bulan Feb yang lalu. Hukuman mati akan dijatuhkan ke atas beliau seandainya pihak mahkamah berjaya membuktikan beliau bersalah.

Beginilah nasib seorang bekas presiden yang dulunya gah berada di tampuk kuasa yg kini menunggu hukuman gantung sampai mati..





Inilah stadium bola sepak di Jerman yang ada pokok di tengah padang [ satu-satu di dunia ]






tidak dipastikan dah berapa ramai pemain yang cedera akibat terlanggar pokok ini
tapi saya yakin mesti ada yang terlanggar
lebih2 lagi dalam perebutan bola di kawasan
tengah padang..

Kalau di Malaysia ada mcm ni kan best..
time tak de tiket bola..
mesti penuh penonton curi masuk dan panjat pokok tuuu

tapi inilah yang berlaku di salah sebuah Stadium di Jerman
ada pokok di dalam padang bola..




sumber Gambar : Borak Kosong

Tentera US Cipta Tayar Tanpa Angin [ teknologi terkini khas untuk tentera US saja ]


TRIBUNNEWS.COM, PHILADELPHIA - Pada sebuah pameran di Philadelphia, Amerika Serikat, Angkatan Tentera negeri Uncle Sam ini memamerkan teknologi tayar terbaru yang dipakainya iaitu tayar anti pancit kerana tayar ini tidak menggunakan angin.

Seperti dikutip dari associatedcontent.com, tanyar tanpa angin ini diberi nama Airless Tire yang mampu menahan beban hingga 1.746 kilogram dan dapat digunakan sejauh 24.140 kilometer. Jarak tempuh dan daya tahan tayar tersebut dinilai sudah memenuhi standard Tentera Amerika. Untuk keselesaan penggunaan tayar ini, Tim Riset seorang askar AS menjamin bahawa tayar ini akan berfungsi sama dengan tayar biasa.

Tayar berdiameter 94 centimeter ini nantinya akan digunakan diseluruh kendaraan perang Amerika seperti Hummer dan sebagainya. Sayangnya pihak tentera AS enggan menyebutkan bahan apa yang digunakan pada tayar tersebut. Pihak tentera AS juga enggan menyebutkan tujuan penggunaan tayar anti paku tersebut, apakah nantinya akan dikembangkan untuk kepentingan komersial atau tidak.



[ gambar ] Inilah Persahabatan Antara Chimpazi dan Harimau



BANGKOK, KOMPAS.com - Inilah Chimpazi yang bernama Dodo berusia 2 tahun sedang memberi susu pada Aorn, anak harimau. yang berusia 60 hari di Bangkok, Thailand ( 30/7/2011).

Binatang pun mampu menunjukkan rasa kasih dan sayang sesama mereka...nikan pula manusia. Gambar ini sangat memberi makna sekali kepada sesiapa yang melihatnya.


Tips Menghilangkan Rasa takut Menonton Cerita Hantu di rumah


Sesetengah orang langsung tak tidur malam sebab bila nak masuk tidur je mesti terbayangkan hantu tidur di sebelah dia. Hal ini terjadi kerana sejak usia kecil, merek sering tengok filem-filem dan drama hantu. (Eh, ini bukan fakta sebenar tau, mana ada orang tak tidur langsung.. hehe) Jadi, saya ingin berkongsi sedikit tips bagaimana mahu mengurangkan rasa takut bila tengok filem hantu lebih-lebih lagi tengok pada tengah malam, secara berseorangan dan dalam gelap gelita. Jom baca :

  1. Sebenarnya keseraman dalam filem hantu datangnya dari kesan/effect suara. Lepas ni, cuba tutup suara pada televisyen, mesti rasa takut bila tengok filem hantu itu akan hilang.
  2. Menonton filem hantu secara ramai-ramai ( ajak mak ayah, kakak dan seluruh ahli keluarga) akan menghilangkan rasa takut, malah akan menambahkan keseronokan.
  3. Lepas ni, sebelum tengok cerita hantu, cuba pasang banyak lampu, sambil tu dengar lagu mp3.. mesti dah tak takut lagi tengok cerita hantu.
  4. Kebanyakan wajah hantu memiliki wajah yang kelakar. Lepas nie masa muka hantu keluar je, korang gelaklah.. hehe
  5. Dan cara yang paling baik sekali, cuba pejam mata dan tengoklah cerita hantu.. mesti tak takut lagi.. hehe..

p.s....bulan2 pose ni mana ada hantu kan?..so tak yah dok takut2..


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak kepada Semua Sahabat Saya.



Sahabat-sahabat saya semua;

Ramadhan yang mulia bakal menemui kita, InsyaAllah. Sama-samalah kita berdoa kepada Allah SWT agar kita dipanjangkan umur untuk hidup di dalam bulan Ramadhan ini, diberi hidayah dan taufik serta daya kekuatan agar dapat mengambil menafaat dari kebaikan-kebaiakn yang Allah SWT sediakan di dalamnya..Amin..


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBRAK
KEPAD SEMUA SAHABAT-SAHABAT SAYA..





[ gambar ] ular berbisa dalam mangkuk tandas..sila berhati-hati

memang cemas..


sangat bahaya

takut

akibatnya tandas ni terpaksa dipecahkan


apa perasaan anda, sedang buang air kecil atau air besar tengok-tengok bawah
mangkuk tandas keluar ular yang mcm dalam gambar tu?

mahu tak melompat kuat terkejuttttt besar sehingga
tak sempat nak capai seluar atau kain
memekik minta tolong kan?

so berhati-hati lah...!


sumber gambar : klik sini


Inilah Robot Yang Mampu Tersenyum, Bersalaman, Menegur Orang Ciptaan Terbaru Saintis Poland




KOMPAS.com - Robot yang mampu bergerak dan berbentuk menyerupai manusia mungkin tak cukup. Pasukan Rekaan robot dari Wroclaw University of Technology di Poland telah berjaya mencipta robot bernama Emys (Emotional Head System), sebuah robot yang mampu tersenyum, ketawa, malu, marah dan memberi pelbagai ekspresi lain.

Senyuman Emys memang tak natural, apalagi dengan ciptaan robot yang terkesan seolah-olah pelik Tapi, setidaknya cukup menggembirakan kerana wajah Emys yang boleh tersenyum manis.

Emys dilengkapi satu lengan yang walaupun membuatnya nampak tak natural tetapi setidaknya bisa memberikan acungan jempol ketika penggunanya melakukan hal bagus. Robot ini juga dilengkapi dengan roda untuk membantunya bergerak.

Pelancaran IEEE, Khamis (14/7/2011), menyebutkan, Emys adalah bahagian dari LIREC Project, projek peneliti Eropah yang bertujuan mengeksplorasi dan mendesain "rekan" digital dan interaktif. Dengan kata lain, tujuannya ialah menciptakan robot yang sedikit lebih fun untuk diajak hang out dan yang lebih ekspresif.

Memang pada tahap awal bentuk robot belum betul-betul 100% menyerupai manusia. Namun, fungsi-fungsi motoriknya telah meniru ekspresi wajah. Robot beroda itu juga mampu menyapa, bersalaman dan lain-lain.





kapal terbang Caribbean Airlines terputus dua, 157 penumpang selamat

Caribbean Airlines terputus dua dalam kemalangan malam tadi


TRIBUNNEWS.COM, GEORGETOWN - Sebuah pesawat Caribbean Airlines yang mengangkut 157 orang mengalami kecelakaan, Sabtu (30/7/2011) sekitar pukul 01.32 waktu setempat. Badan pesawat terbelah dua dalam pendaratannya di tengah hujan lebat dan kabus di Georgetown, Guyana.

Pesawat yang bertolak dari New York ini dilaporkan mendarat di tengah landasan sebelum tergelincir keluar dan menghantam sebuah pagar kemudian terhenti di sebuah lereng berumput dekat sebuah jalan.

Bahagian depan badan pesawat yang memuat rangkaian penumpang kelas satu pecah di landasan, sehingga sempat membuat para penumpangnya terperangkap di dalamnya.

Namun, seluruh penumpang dan anak kapal tidak ada yang mengalami luka yang cukup serius.

Dilaporkan, sebanyak 151 penumpang dan 6 anak kapal yang berada di atas Boeing 737-800 seluruhnya telah dievakuasi.

Menteri Kesehatan Guyana Leslie Ramsammy menerangkan, satu orang mengalami patah kaki dan beberapa orang lain menderita cidera ringan akibat kecelakaan pesawat ini.

Pesawat ini mengalami kemalangan pada pukul 01:32 waktu setempat atau pukul 12:32 WIB.

Petugas berupaya menyelamatkan para penumpang dan anak kapal dari pesawat yang hancur itu selama beberapa jam di tengah kegelapan dini hari.

Pihak berkuasa Trinidad dan Tobago itu menerangkan, Otoritas Penerbangan Sipil Guyana akan mengadakan siasatan terhadap kemalangan pesawat bersama Badan Keselamatan Transportasi Nasional AS (NTSB).






Khairul Fahmi Che Mat Putus Tunang..[ bila dah hati tak suka]

Khairul Fahmi putus tunang



Khairul Fahmi

KUALA LUMPUR: Biarpun Malaysia gagal meneruskan kemaraan pada kempen bola sepak kelayakan Piala Dunia, ketangkasan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat ketika mengikat Singapura 1-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis lalu, diakui ramai.

Namun di sebalik kecemerlangannya di gawang gol, Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek rupa-rupanya memendam rasa berikutan badai yang melanda pertunangannya dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22.

Selepas pelbagai isu mengaitkan orang ketiga dalam hubungan Apek dengan tunangnya hangat diperkatakan menerusi pelbagai laman web dan blog tempatan, dia tidak lagi mampu berdiam diri.

Jiwanya bergelora berikutan pelbagai fitnah dan tohmahan dilemparkan kepadanya, Elia dan beberapa individu lain. Kelmarin, Apek tampil memberi penjelasan mengenai kemelut yang melanda dirinya.


Menerusi Metro Ahad (MA), Apek menyatakan dia kini nekad memutuskan pertunangannya dengan Elia. Ikuti luahan hati Apek dalam temubual eksklusif bersama wartawan MA, FIRDAUS SAHAT.


“SEBENARNYA, saya tampil membuat kenyataan kepada MA kerana tidak mahu perkara membabitkan saya dan Elia berpanjangan. Selepas berfikir panjang dan berbincang bersama keluarga, saya perlu memberitahu peminat mengenai perkara sebenar.

Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.

Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan.

Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.

Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya.

Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.

Selain itu, ada yang mengatakan wanita yang berdua-duaan dengan saya dalam gambar adalah Dahlia. Sebenarnya, gambar itu diambil ketika sesi temubual saya bersama wartawan dan wanita yang bergambar dengan saya adalah rakan kepada seorang daripada wartawan. Jadi, tidak timbul isu saya bergambar mesra dengan Dahlia atau wanita lain.

Saya juga dikatakan membeli sebuah kereta dan menghadiahkannya kepada Dahlia. Hakikatnya, tuduhan itu tidak berasas. Kereta dimaksudkan itu milik kakak saya. Malah, kereta itu juga atas nama kakak saya. Jadi, macam mana cerita ini boleh timbul?

Kerana pelbagai tuduhan berkenaan, Dahlia dan keluarganya pula menjadi mangsa dan menerima pelbagai tohmahan serta kata-kata kesat daripada pelbagai pihak. Kerana tidak tahan dengan masalah itu, mereka meminta saya menjelaskan segala-galanya, lebih-lebih lagi mereka tidak ada kena mengena dalam isu ini.

Selain itu, timbul isu kononnya saya tidak hormat orang tua, memarahi dan menengking ibu Elia. Saya tidak menafikan ada bercakap dengan mak cik (ibu Elia) tetapi tidaklah sampai menengking atau meninggi suara. Pada saya, semua itu lebih kepada perbincangan bagi menyelesaikan masalah antara saya dan Elia.

Mungkin, kenyataan dikeluarkan Elia di laman Facebook miliknya tempoh hari mengatakan saya memarahi ibunya disebabkan perasaan marah kerana pelbagai isu ini.

Terus terang, saya masih menyayanginya. Malah, perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma, bila keadaan menjadi bertambah keruh dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad.

Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami.

Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.

Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.

Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.

Lagipun, masalah antara kami sudah lama berpanjangan. Cuma ia tidak diperbesarkan, lebih-lebih lagi ia cuma membabitkan kami berdua. Namun bila ia merebak dan melampaui batas, saya perlu segera menyelesaikannya.

Ramai juga mengatakan saya semakin lupa diri dengan kejayaan yang saya miliki. Sebenarnya, saya belum berjaya lagi. Perjalanan karier sebagai pemain bola sepak masih jauh. Lagipun, saya masih muda. Banyak perkara perlu saya pelajari sebelum saya bersedia menempuh alam perkahwinan.

Untuk setahun dua ini, saya bertekad mahu fokus sepenuhnya kepada bola sepak. Saya tidak mahu sebarang kontroversi merencatkan perjalanan kerjaya saya dan ia antara sebab kenapa saya buat keputusan berkenaan.”


INFO

NAMA: Khairul Fahmi Che Mat
ASAL: Kelantan
UMUR: 22 tahun
PENCAPAIAN: Anugerah Penjaga Gol Terbaik Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM, 2010 dan Anugerah Pemain Muda Terbaik Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM, 2010

  • Memulakan kerjaya sebagai pemain bola sepak apabila menyertai skuad Kelantan untuk pasukan Piala Presiden (bawah 21 tahun) sebagai penjaga gol pada 2006

  • Selama lima tahun menjadi penjaga gol pasukan Piala Presiden, Khairul Fahmi akhirnya menyertai skuad Kelantan untuk pasukan Liga Super

  • Pada 2010, Khairul Fahmi dipilih Datuk K Rajagopal untuk mewakili pasukan negara yang menjuarai Piala AFF Suzuki

  • Ketika kariernya mendaki puncak, Khairul Fahmi membuat keputusan untuk bertunang dengan gadis pilihan hatinya, Elia pada 17 Mei lalu.

  • Tidak lama selepas itu, percintaan mereka dilanda badai apabila pelbagai kontroversi panas dikaitkan dengan pasangan ini

  • Kelmarin (29 Julai 2011), Khairul Fahmi membuat keputusan memutuskan pertunangannya



  • p/s: anda begitu cemerlang di dalam padang...tangkas menahan kubu negara dari dicerobohi pasukan lawan..anda disanjung jutawaan peminat bola sepak dari sekecil-kecil hingga setua-tuanya... tetapi.........


    merenung silam.


    gundah menerjah
    dipaku gelisah
    merenung silam.



    Sabtu, 30 Julai 2011

    [ gambar ] Jom tengok awek cun gantung diri..





    tak dapat dipastikan apa motif gadis ni buat mcm ni
    yang pasti gadis ni mesti sakit..tak kan tak sakit kan tajam
    mata pancing tu...


    janganlah ada anak gadis di Malaysia
    nak tiru-tiru spt gadis ni buat..



    Jom Tengok 26 jenis bunga yang tercantik di dunia..yang manakah pilihan anda?

    i miss u


    Morning Bells


    warm and sunny

    purple


    Awakening


    Hypnotic seeds


    Wood Anemone

    Yellow

    Cape Daisy

    Nature's Eye Candy

    Water Lily Radiance

    Phalaenopsis

    Flower

    In the light of the evening sun

    Sunny Side Up

    A Late Given Rose


    Water Lily

    Where The Rainbow Starts

    Poppies in the Sunset on Lake Geneva

    Singled out

    Some More Bokeh for you Sherry

    Gallaret

    9 Months Later

    A Weed To Welcome


    Mountain flowers



    Memang Cantik bunga-bunga tersebut.. yang mana satukah pilihan anda?








    kad raya adinda amy sensei

    kad raya dari Kak Kunang-Kunang

    kad hari guru dari Puan Ayu

    kad adinda amy

    kad adinda amy

    award frpm CintaZulaikha

    award frpm CintaZulaikha

    award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

    award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

    award Ten Little Fingers

    kad raya dari Cik Amy

    cinta dan bola

    cinta dan bola

    kad raya from kak Miayah

    award from cik amy

    award dari blog LOVE

    bcb

    yy