Jumaat, 30 September 2011

Jom Lihat Awan Yang Jatuh dari Langit..



Inilah dia awan yang jatuh dari langit, iaitu awan putih kecil yang terbang rendah di atas dataran hijau seperti gumpalan besar kapas, lalu jatuh ke tanah, menggelinding, dan tersangkut di pagar. Kejadian ini berlangsung di kawasan subur Bida Faris, tepat di sebelah timur kota oasis Al-Ain.

Lelaki itu berkata:

"Aku tidak akan percaya ini (jika) saya tidak melihatnya dan menangkapnya. Saya yakin ini adalah sebuah keajaiban yang menggambarkan kuasa Tuhan. Kuasa Allah Tiada siapa dapat menandinginya



Khamis, 29 September 2011

Petani marah Rihanna pakai bikini

RIHANNA menjalani penggambaran muzik video terbaharunya dekat Belfast Utara, Ireland Utara kelmarin. - AP


BELFAST - Ekoran memakai coli, seluar dalam berwarna merah dan mendedahkan payu dara, bintang pop Rihanna telah diusir dari ladang milik seorang petani di Ireland Utara.

Tindakan drastik itu dilakukan kerana petani itu marah melihat Rihanna memakai bikini semasa sesi penggambaran muzik videonya.

Rihanna, 23, sedang menjalani penggambaran muzik video single terbarunya, We Found Love di sebuah ladang milik petani tersebut di bandar Bangor, timur Belfast pada Isnin lalu.

Namun, petani itu, Alan Graham memutuskan penyanyi popular itu bertindak keterlaluan apabila dia melucutkan pakaiannya sekali gus mendedahkan bikini kecil berwarna merah yang dipakainya.

Akhbar-akhbar Ireland menyatakan Rihanna turut mendedahkan payu daranya buat seketika.

Melihat aksi menjolok mata berlaku di ladangnya, petani berusia 61 tahun itu yang sebelum ini membenarkan sesi penggambaran itu dilakukan, segera turun dari traktornya dan menyuruh bintang pop itu kembali memakai pakaiannya.

"Perbuatannya itu tidak sesuai. Dia tahu saya seorang penganut Kristian yang patuh," kata Graham.

"Kami berjabat tangan dan dia kemudian beredar dari tanah saya secara baik," tambahnya. - Agensi


sumber: kosmo online 29hb Sept.2011

kunang-kurang mula pudar



kunang-kurang mula pudar
dan sekarang
gelap...



Rabu, 28 September 2011

[ pelik ] Gaya Memasak Seorang Wanita Yang Cukup Menggemparkan.


minta-minta di Malaysia tak ada gadis/wanita yg cuba
memasak dengan gaya mcm ni..





laut berbisik rindu


pantai berpasir
adalah kanvas tanpa akhir
jejak-jejak kita terukir
jadi berbaris sajak.

laut berbisik pada pasir
mengeja jejak kita
lalu membawanya ke samudera lepas

di atas karang
lidah ombak membacakan sajak yang kita karang
disaksikan ikan, ubur-ubur dan kerang.



Selasa, 27 September 2011

bukalah jendela dan lukislah langit malam...



bukalah jendela dan lukislah langit malam...
dengan sebuah bintang jatuh..
ternampak harapan menyala..
biarkan menerangi ruang angkasa
tempat kita meninggalkan jejak cinta
yg tak pernah terhapus cuaca..



hujan pagi ini



hujan pagi ini
seperti cinta kembali dari perantauan
mengejutkan debu-debu rindu di dedaunan..



malam beku




malam seolah kelu dan beku
dan aku tersesat
di lembah rindu..




Isnin, 26 September 2011

Lelaki Diet Paling Unik : Setiap hari minum susu badan isteri sendiri





VIVAnews ( 26/9/2011) - Demi memperoleh tubuh langsing bagai model, banyak orang rela melakukan diet. Namun berbeza dengan diet yang dijalani seorang lelaki yang berasal daripada AS, Curtis. Dia menjalani sebuah program diet unik iaitu hanya meminum air susu ibu (ASI) dari isterinya.

Dalam blognya, Dont Have a Cow Curtis, dia menulis pengalamannya meminum susu isterinya yang telah dibekukan. Salah satunya berbunyi, "Semalam jauh lebih lapar, mengonsumsi (ASI) 104 ons, sekitar 3.120 kalori."

Melalui blog ini, dia dan isterinya, Kate, merancang pola makan harian Curtis. Idea unik muncul setelah kelahiran anak mereka sembilan bulan lalu. ASI yang dipompa dan dibekukan sang isteri masih tersisa banyak. Mereka mencuba menyumbangkan ASI beku, tapi aturan bank ASI dan biaya pengiriman membuat mereka membatalkan niat. Lagipula, Curtis menyukai ASI.

"Saya tidak melihat ada yang salah atau menjijikkan dari minum susu isteri sendiri, itu tidak lebih dari makanan yang sihat," tulisnya. Dia juga menyatakan ASI membantu pencernaannya lebih baik daripada minum susu lembu. Tapi bagaimana rasanya? "Kadang-kadang pahit dan saya sudah terbiasa, kadang-kadang sangat manis," ia menjelaskan. "Susu juga dalam beberapa kes seperti memiliki mendapan kapur selama pencairan dan kami tak yakin itu hanya kejadian alam atau berkaitan dengan 'suhu freezer'.

Dengan tinggi sekitar 184 cm dan bobot 83 kilogram, Curtis harus minum sekitar 66 ons ASI agar memperoleh 2.000 kalori sehari demi mempertahankan bentuk tubuhnya. Pada hari ketiga hanya mengasup ASI, Curtis mengaku mulai merasa lapar dan perutnya seperti terisi gas. Namun menambahkan, pencernaannya tetap sihat.

"Saya sangat menikmati susu sekarang dan selalu terkejut betapa setiap gelas memiliki rasa yang berbeza," tulis Curtis pada hari ke-3 seperti dikutip Shine.

Namun tak semua orang menyukai cara keluarga ini mengelola kelebihan makanan. "Sungguh bodoh," ucap Kepala Pusat Pencegahan dari Universitas Yale Dr David Katz menggambarkan diet unik ini. Kepada ABC News, dia mengatakan, "Tidak ada dasar di alam yang menyimpulkan bahwa ASI adalah makanan optimal bagi manusia dewasa di setiap spesies."

Yang lain merasa marah dan menyarankan agar pasangan ini mencari cara lain untuk membagi kelebihan ASI mereka kepada anak-anak yang memerlukanhkannya. Hikmah lain dari projek unik ini ternyata meningkatkan kesedaran untuk menyumbang pada bank ASI.

Dan Kate, yang berencana menyusui bukan hanya untuk suaminya, tapi bayi perempuannya sampai ia puas akan menyumbangkan susunya bagi yang memerlukan

"Kami berharap ASI bisa diberikan pada seseorang yang menghargai kerja keras dan cinta yang ada dalam susu ini, " tulisnya. "Kami ingin susu ini datang kepada seorang yang benar-benar memerlukankannya bukan seseorang yang hanya akan membuang-buangnya." (umi)


p/s...Persoalan: kenapa harus minum susu dalam botol?


sumber:

http://4skripsi.blogspot.com/2011/09/diet-unik-minum-asi-istri.htm



rindu kenangan dulu.




tiba-tiba malam ini terasa rindu pada kenangan yang dulu..
rindu pada bait-bait puisimu..
yang kamu bisikkan lewat angin..
lewat malam hening
yg sentiasa jadi saksi apa yg kita miliki..

:: sepi :


Ahad, 25 September 2011

Jom Lihat Kolam Seribu Wajah Yang Sangat Cantik.






Inilah dia Morning Glory Pool, di Yellowstone National Park, Wyoming Amerika Syarikat. Juga kolam ini dinamakan dengan nama "Kolam Seribu Wajah" kerana penampilan warnanya yang berwarna biru, hijau, kuning, orange, dan lain-lain lagi.

Fenomena ajaib ii membuat Morning Glory Pool sangat terkenal di dunia..

p/s..betapa besarnya kekuasaan Allah SWT


3 Beradik Perempuan Gila Seks Sanggup Layan Jantan Demi Wang





TERLUPA batasan agama untuk menjadi panduan hidup, tiga beradik yang mulanya ke pusat hiburan untuk berhibur dan mempunyai kekasih sebagai pengubat sunyi akhirnya hanyut dek godaan syaitan hingga ada yang sanggup menjual tubuh.

Disebabkan limpahan wang yang mampu diraih dengan mudah juga membuat ada antara tiga beradik liar dari Georgetown, Pulau Pinang itu rela menjadi “call girl” bagi dengan melayan lelaki kaya, kacak dan berkereta mewah hingga ke ranjang.

Wartawan Metro Ahad, Zuhainy Zulkifli berkesempatan bertemu dengan tiga beradik ini untuk mendengar sendiri pengalaman dan luahan rasa mereka.


AIZA (bukan nama sebenar), 26, anak ketiga dari lima beradik:


“Hidup saya mula menjurus ke arah perbuatan seks bebas bermula sejak usia 17 tahun selepas berkenalan dengan Saiful yang ketika itu berusia 18 tahun dari Alor Setar, Kedah.

Ketika itu saya bukan saja bangga menjadi teman wanita kepadanya disebabkan dia dikenali ramai di tempatnya tetapi Saiful yang selalu memberi wang dan membelikan pakaian berjenama menyebabkan saya mula gelap mata dan rela mengorbankan dara kepadanya.

Saya masih ingat semasa kami menyambut satu perayaan dan selepas melihat persembahan bunga api, Saiful mengadu tidak boleh memandu kereta kerana mengantuk dan memujuk saya supaya menginap di sebuah hotel tiga bintang.

Saya masih mentah ketika itu hanya menurut saja katanya, malah dia berkata akan menyewa dua bilik berasingan tetapi apabila tiba di hotel, dia beritahu semua bilik sudah penuh dan hanya ada satu bilik saja.

Pada malam itu jugalah mahkota diri saya diragut Saiful, malah kami beberapa kali terlanjur.

Bermula hari itu, kami sering melakukan perbuatan terkutuk itu, malah pernah beberapa kali melakukan seks dalam kereta berhampiran sebuah stadium di Alor Setar.

Saiful anak orang kaya kerana bapanya seorang ahli perniagaan terkenal. Setiap hari Sabtu, kami akan bertemu dan setiap kali kami berjumpa sekurang-kurang RM200 pasti masuk kocek.

Jumlah itu bagi saya yang hanya seorang pelajar tingkatan lima adalah cukup besar dan sebab itu saya tidak kisah untuk membiarkan dia meratah tubuh saya.

Setahun selepas berkenalan dengan Saiful, hubungan kami putus selepas dia melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan di sebuah kolej swasta apabila dipaksa bapanya.

Saya yang seperti ketagih hubungan seks kemudiannya bertaut kasih pula kepada seorang pemain muzik berkumpulan yang terkenal, Azlan.

Hubungan saya dan Azlan hanya sekadar untuk melempiaskan keinginan seks masing-masing dan bukan kerana cinta.

Azlan juga seorang yang agak kaya, kacak dan digilai ramai gadis ketika itu membuatkan saya bangga diusung ke sana ke mari ketika dia melakukan persembahan jelajah negeri.

Saya berpisah dengan Azlan dua tahun kemudian dan selepas itu saya mula memburu lelaki kaya dan hidung belang tanpa mengira usia, namun tidak bagi lelaki biasa dan tidak berduit.

Ibu dan ayah tidak pernah bertegas dengan saya dan mereka hanya memberi teguran dan nasihat supaya meninggalkan kehidupan penuh dosa itu.

Pada usia remaja, saya tidak perlu bekerja seperti rakan yang lain, telefon saja lelaki yang saya kenal, mereka akan memberi saya wang dengan hanya perlu melayan nafsu dan tuntutan batin mereka saja.

Pada suatu hari, saya mendapat panggilan telefon daripada beberapa rakan yang mendakwa video seks mirip wajah saya tersebar di internet.

Saya tidak tahu siapa yang menyebarkannya kerana saya sudah tidur dengan beberapa lelaki dan akhirnya saya mengambil keputusan menetap bersama kakak sulung saya yang tinggal bersama teman lelakinya di sebuah rumah di Cheras, Kuala Lumpur.

Ibarat lari dari mulut buaya, masuk ke mulut naga, saya sedari sikap kakak dengan saya sama saja. Sebut sahaja nama kelab malam, semuanya kami tahu dan kakak yang bekerja di sebuah butik pakaian juga memperkenalkan rakannya kepada saya, malah ramai juga yang sudah 'cuba' saya.

Dua bulan kemudian, saya bekerja di sebuah butik kecantikan sebagai mengisi masa lapang pada waktu siang. Dengan wang gaji, saya membeli sebuah kereta supaya nampak mewah bagi mengaburi mata lelaki.

Jika lelaki itu kaya, tinggi jugalah habuan yang akan saya dapat asalkan melayan mereka sebaiknya.

Kadang kala, terbit juga penyesalan di hati saya mengenai tahap pendidikan, pekerjaan dan seluruh kehidupan saya.

Ada rakan yang saya jumpa sudah bertudung dan mengenal tikar sembahyang sedangkan saya, membaca surah al-Fatihah pun sudah lupa.

Kakak kedua saya sering menghubungi saya dan kakak dengan menasihatkan kami supaya pulang ke pangkal jalan tetapi semua itu saya balas dengan gelak tawa.

Kini, saya tidak pasti berapa lama lagi kami adik-beradik akan terus berada dalam keadaan tersesat begini, adakah Tuhan akan mengampunkan dosa kami yang sudah jauh tersesat ini.”


LILY (bukan nama sebenar), 29 tahun dan anak sulung dari lima beradik:

“Kehidupan saya dan Aiza tidak banyak bezanya tetapi saya jadi begini kerana seorang lelaki. Saya akui bahawa saya lebih pandai bersosial daripada Aiza kerana semua lelaki saya sapu.

Minuman keras pula sentiasa di tangan, pendek kata mahu sarapan pun dengan air kencing syaitan itu.

Saya pernah belajar di sebuah universiti tempatan di pinggir Kuala Lumpur selepas tamat tingkatan enam tetapi diberhentikan pada semester ketiga selepas pelajaran saya merosot.

Semua itu terjadi selepas kejutan budaya yang dialami menyebabkan saya berhibur setiap malam bersama rakan.

Saya tidak mahu pulang ke kampung kerana kehidupan di kota lebih seronok, malah saya langsung tidak menjenguk keluarga dan hanya menelefon mereka sebulan sekali.

Saya berkenalan dengan Rizal yang berusia 26 tahun ketika itu, bekerja sebagai penjual kereta. Kehidupan saya mewah kerana dia juga membela saya ketika baru berusia 21 tahun di rumah yang saya tinggal sekarang di Cheras.

Dia mengajar saya merokok, meneguk arak, malah dia sering berkunjung ke rumah sewa saya bagi memadu kasih.

Rizal yang sudah mempunyai tunang ketika itu tetapi dia bijak menyembunyikan hubungannya dengan saya.

Pada hujung minggu, Rizal akan ke Johor Bahru berjumpa tunangnya dan pada ketika itulah saya mengambil peluang memberi layanan istimewa kepada beberapa rakan lelaki lain yang sanggup memberi wang.

Dua tahun kemudian, kira-kira tiga bulan sebelum Rizal berkahwin, kami ditangkap basah. Saya pulang ke Pulau Pinang pada malam itu juga bersama Rizal selepas diikat jamin.

Ayah dan ibu hanya diam membisu, malah bersetuju saja dengan keputusan kami yang mahu segera berkahwin.

Rizal pula berdepan dengan masalah apabila keluarga tunangnya minta ikatan diputuskan. Sebulan kemudian kami berkahwin tanpa restu keluarga Rizal.

Mungkin perkahwinan yang tidak diberkati, kami bercerai enam bulan kemudian. Dengan gelaran janda pada usia 24 tahun, saya kembali liar dan berpeleseran di kelab malam.

Kegiatan saya lebih rancak selepas Aiza tinggal di rumah saya, malah bekas suami juga sering berkunjung ke rumah bagi menghilangkan rindu sedangkan saya sendiri sudah tidak mempunyai perasaan terhadapnya.

Rizal tetap membayar sewa rumah dan memberi wang perbelanjaan menyebabkan saya sendiri tidak kisah dengan perbuatan itu.

Namun, tidak pernah pula Rizal mencuba Aiza serta menyayangi Aiza seperti adiknya malah dia sering membawa kami pergi bercuti.

Dengan hidup yang bergelumang dosa, adik keempat saya juga sering berkunjung ke rumah saya kerana menyambung pelajaran di universiti tempatan di Shah Alam.
Setiap hujung minggu, dia akan datang ke rumah saya bagi menikmati kehidupan sosial seperti kami. Shila tidak berminat melakukan hubungan seks berbayar tetapi dia lebih cenderung secara ringan-ringan.

Saya terfikir, adakah dosa saya ini diwariskan kepada dua adik saya dan apakah ibu bapa masih mahu menerima kami selepas mereka tahu kegiatan kami? Saya dan Aiza tidak berani menjejak kaki ke rumah di kampung dan pulang hanya pada Aidilfitri.

Selepas memohon ampun dan maaf, kami terus pulang ke ibu kota. Panas rasanya berada di kampung.”



SHILA (bukan nama sebenar), 24 tahun dan keempat daripada lima beradik:

“Antara lima beradik, saya paling bijak dalam pelajaran malah tidak pernah mengabaikannya. Begitu juga ketika menuntut di universiti, saya hanya bersosial setiap hujung minggu dan turut menerima wang tambahan dari kedua kakak saya bagi membeli keperluan belajar.

Ketika pertama kali pergi ke rumah kakak keempat saya itu, agak terkejut apabila terdapat tiga lelaki ada dalam rumahnya termasuk bekas abang ipar yang sedang berbaring di bilik tidurnya.

Saya tanya kepada Lily, tetapi dia hanya tersenyum dan mendakwa itu adalah perkara biasa jika menetap di Kuala Lumpur.

Pada malam itu, saya dibawa ke sebuah pusat hiburan dan agak kekok dengan suasana baru.

Namun sedikit pun saya tidak berminat menyentuh minuman beralkohol yang dipesan Lily malah beberapa lelaki menawarkan RM400 bagi mencuba saya tetapi saya tolak dengan baik.

Tetapi selepas itu, saya semakin seronok apabila diraba rakan Lily dan Aiza. Akhirnya saya tewas dan terjebak dengan aksi ringan-ringan.

Mereka membayar saya RM300 sebagai duit poket dan jumlah akan ditambah jika saya ikut mereka balik ke rumah tetapi saya masih sayangkan dara saya dan tidak mungkin akan menyerahkannya kepada sesiapa sebelum berkahwin.

Namun, bagi saya wang bukanlah segalanya. Saya berkenalan pula dengan Shafiq yang berusia 27 tahun dan dia seorang pemain gitar di sebuah kelab.

Shafiq seorang yang baik, jauh sekali meminta tubuh saya dan saya senang ketika bersamanya. Saya tidak pasti berapa lama hubungan kami dapat bertahan kerana saya mula mengharapkan Shafiq dapat membawa saya keluar dari keseronokan hidup ini.

Hiburan yang kami nikmati saban malam, kadang kala membosankan. Kini saya mula rasa bersalah kepada keluarga.

Pernah saya menangis apabila teringat wajah ibu yang menyediakan sarapan semasa saya hendak pulang ke kampus dan wajah ayah yang sudah tua dengan topi lusuhnya mengusung beg ke kereta buruknya.

Ibu hanya suri rumah, ayah pula seorang pesawah, siapa pula yang mahu menemani mereka di hari tua.

Jika dulu, saya jarang pulang ke kampung kerana terpengaruh dengan rentak hidup Lily dan Aiza, kini Shafiq akan menemani saya sebulan sekali pulang ke kampung bagi menjenguk keluarga.

Kini saya bekerja di sebuah jabatan kerajaan sebagai penolong pembantu tadbir. Gaya hidup saya kini lebih kepada melepak di kedai makan bersama teman tetapi tabiat merokok saya masih sukar dibuang.

Hubungan saya dengan Lily dan Aiza tidak pernah renggang, saya juga sering mengikut mereka bercuti di beberapa pusat peranginan dalam negeri.



Ulasan SR


Melihat keruntuhan moral anak-anak remaja kita sekarang, nampaknya semakin teruk..ada yang sudah tidak peduli soal dosa dan pahala, demi wang maruah digadai...sangat malang!



sumber: harian metro hari ini



[ pelik ] Pertandingan Bola Sepak Untuk Semut Di Jepun..

2 ekor semut sebelum memulakan permainan


pasukan semut hitam sedang menyerang

bentuk padang bola mengikut padang bola sepak spt yang sebenarnya



dah hampir nak jaring gol dah ni..


kepala otak orang Jepun ni memang kreatif..yg orang lain tak pernah terfikir, itulah yang dia buat.. sebelum ini orang jepun mencipta robot untuk isteri-isteri yang kesepian di rumah, Klik Sini untuk melihatnya..

kali ini orang Jepun sedang "gila" untuk mengadakan Pertandingan Bola Sepak Untuk Semut pula, terasa seperti lawak saja, tapi inilah berlaku di Jepun.. patutlah Malaysia pun kalah lawan Jepun dalam Pertandingan Bola Sepak Kelayakan Olimpik baru-baru ni.. Orang Jepun memang
hebat sampaikan semut pun pandai bermain bola..




Sabtu, 24 September 2011

Selepas 3 minggu berehat..hari ini saya kembali update blog....


Selamat petang semua.....sudah agak lama saya tidak update blog..hampir 3 minggu lamanya, malah ada yang unfolo pun blog sekamar rindu ni..tak mengapa.. kerana sibuk juga saya hampir-hampir terlupa yang saya adanya blog sekamar rindu yg tak seberapanya ni..

terlalu banyak peristiwa yg saya lalui sepanjang 3 minggu tak update blog ni...tak terhimpun rasanya.. kenangan yg tak dapat dilupakan bila saya terlibat dalam kemalangan semasa balik kerja menguruskan urusan seri paduka baginda..

bila menyepi diri dari dunia blog seketika...kadang-kadang sangat terasa kehilangan..jari gementar tatlaka lama tidak menulis..[ wahh..wah...hehe]..hati pula berdebar-debar..pelbagai perasaan yg bergulir di minda kini.. sangat cepatnya masa berlalu..

dalam masa 3 minggu tu, banyak masa saya habiskan menyiapkan berberapa tugsan yg tak rasmi dengan berkunjung ke rumah lama saya di PD, dengan masa dihabiskan menyiapkan lukisan-lukisan untuk koleksi perbadi, melukis adalah hobi saya..tapi memandangkan kesibukan diri, tak dapatlah dilakukan aktiviti tersebut sebelum ini.

dalam masa 3 minggu tersebut saya juga terlibat dalam kemalangan, namun alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana saya tidak ada apa-apa..wp kereta saya mengalami kerosakan di bahagian depan..[ alhamdulillah...selamat ]

terima kasih kepada sahabat-sahabat saya yg sudi singgah di blog yg tak seberapa ni..ini blog picisan yg sederhana saja.. terima kasih kerana masih ada yg sudi komen blog saya ni wp dah lama tuan blognya bercuti...




Isnin, 5 September 2011

[ rehat dari update blog buat sementara waktu]








saya tinggalkan gambar2 yang telah dinobotkan sebagai pemenang dalam pertandingan
foto di London..


saya berehat dari update blog buat sementara waktu..terima kasih pada yg sudi
singgah dan komen di blog picisan saya ni..





[ gambar ] Burger BAYI



sampai hati ada yg buat mcm ni...

cian kpd bayi ni...ishhh



[ gambar ] Inilah Masjid Terbesar Yang Dibuat Daripada Lumpur







Inilah Masjd Agung Yang Terletak di Mali, mula2 dibina sejak tahun 1200-1300
pernah masjid ini rosak namun telah dibina semula oleh pemerintah Perancis (yang menjajah Mali) pada tahun 1906



hampir menitiskan air mata melihat masjid ni..







kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy