Rabu, 30 November 2011

Salah Satu Bukti Kasih Sayang Ibu Pada Si Anak..




Kasih ibu kepada anak..kita boleh saksikan gambar diatas ini...
walaupun sibuk memangku anaknya yang sedang tidur tetapi
tangan sebelah dijadikan bantal untuk anaknya yang sedang
tidur di hadapan..tidak berbahagi kasih sayang..kalau boleh kedua-duanya hendak di pangku








[ gambar ] Lelaki Ini Dipukul Dan Dibakar Oleh Orang Ramai Kerana Merogol Ibu Kandung






Sungguh sedih melihat gambar-gambar di atas, seorang lelaki dipukul dengan teruk, kemudian diikat dan diheret di atas jalan raya. Tidak lama kemudian dia dibakar di kawasan awam. Kesalahan lelaki itu adalah merogol ibu kandungnya sendiri


sumber:


Jumaat, 18 November 2011

lautan sepi menyimpan duri


lautan sepi menyimpan duri menikam diri seperti belati
kelamlah musim, kelamlah nasib, diri ini ke mana belari
pasir di pantai tiada menanti, matilah aku merinai mimpi..



Rabu, 16 November 2011

berdarahlah hati.



angin taufan dari laut bertiupan ke pendalaman
memahat pasir gurun menempa sabit
berdarahlah jemari berdarahlah hati.





Selasa, 15 November 2011

membuatku berkaca



rintik hujan serupa berlian dari tepi jendela
bening
berkilau
membuatku berkaca
berduka....

1.04am




Ahad, 13 November 2011

Potret Nyata Kehidupan Seorang Pelacur Di Bomby India

pusat pelacuran di Bomby

penat selepas melayan pelanggan

menunggu pelanggan

selepas melayan pelanggan

pelanggan bersama ibu ayam ( baju merah)

pelanggan lelaki baru selesai puaskan nafsu



demi sesuap nasi, maruah digadai..
dengan bayaran 10 Rupee atau 60 sen ( wang Malaysia) lelaki hidung belang
dah mampu melanggan wanita tersebut..








Mangsa Awek Gebu


KUALA LUMPUR: Melihatkan rupa cantik menawan, badan melentuk dan kulit gebu melepak, dia tanpa berfikir panjang menerima pelawaan cinta seorang wanita.

Lebih meyakinkan, wanita berusia 20-an itu mengaku masih anak dara dan baginya, itu ibarat pucuk dicita ulam mendatang.

Namun, kerana terlalu taksub dengan kesempurnaan fizikal seorang wanita, hidup Hashim Musthoda, 40, (bukan nama sebenar) umpama buruan kerana ‘anak dara’ itu rupa-rupanya isteri orang, malah memiliki seorang cahaya mata.

“Saya mengaku melakukan hubungan terlarang tetapi tidak menyangka dia yang mengaku anak dara rupa-rupanya isteri orang.

“Akibatnya, hingga ke hari ini hidup saya tidak keruan kerana sering diugut dan difitnah kononnya cuba menyimbah asid dan melarikan wanita itu, selain kerugian ribuan ringgit.

“Lebih memburukkan keadaan, dia mendakwa mengandung hasil hubungan dengan saya dan pada masa sama suaminya enggan bersemuka, namun mereka membuat laporan konon saya mengancam keselamatan keluarga itu, menyebabkan saya hidup umpama buruan,” kata Hashim.


sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Hidupbagaiburuan/Article/artikelMA



[ gambar ] Kejadian Pelik yang hanya ada di Vietnam

cita-cita nak jadi pelumba GP Pertama

terlalu minat pada kaler kuning

cover la sikit makcik ooi..

banjir yang bawa rezeki..

ronda2 di bandar naik kerbau..




gambar yg mana satu yg paling cantik sekali..??

Sabtu, 12 November 2011

[ Gambar ] Tragedi 11.11.11 Sungguh Memilukan.....Al-Fatihah Kepada Yang Meninggal









SLIM RIVER: Usaha seorang bapa, Zaidi Muhammad, 43, menjejak anaknya yang ‘ghaib’ sejurus tragedi bas sekolah dirempuh treler membawa lima tan pasir di sini, semalam, berakhir hiba apabila pelajar itu ditemui sudah meninggal dunia di bawah timbunan pasir setinggi dua meter kira-kira enam jam selepas nahas.

Maysarra Zaidi, 15, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Merah, Kulim, Kedah, antara empat yang terkorban dalam kemalangan pada jam 4.45 pagi di Kilometer 382, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) berhampiran Behrang, di sini.

Tiga lagi mangsa ialah rakan sekolah Maysarra, Khairul Anwar Azhan, 15, guru mereka, Siti Hajar Mohamed, 33, dan Ketua Wanita Umno Cawangan Alor Teja, Alor Setar, Basarah Saad, 45, yang cuba membantu kumpulan pelajar berkenaan selepas bas mereka terbalik.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintenden Md Tahir Kasim, berkata Maysarra, Khairul Anwar dan Siti Hajar antara 60 pelajar dan tujuh guru yang menyertai rombongan ke ibu negara dengan menaiki dua bas, namun satu lagi bas tidak terbabit kemalangan itu.


“Basarah menaiki bas lain bersama rombongan Wanita Umno Kedah dalam perjalanan menghadiri satu program di Tanjung Karang, Selangor. “Bas itu berhenti di tempat kejadian atas permintaan Basarah yang mahu menghulurkan bantuan, namun dia yang juga ibu tunggal tiga anak menemui ajal apabila dirempuh treler terbabit,” katanya.

Sementara itu, kehilangan Maysarra bermula apabila ayah dan abangnya, Faiz Zaidi, 16, yang bergegas dari rumah mereka di Taman Angsana, Kulim, gagal mengesan pelajar itu di Hospital Slim River (HSR) Zaidi yang juga juruteknik di sebuah institut kemahiran di Kulim dan Faiz hampa serta kebingungan apabila mendapati nama Maysarra tiada dalam senarai mangsa cedera atau

Berikutan itu, dua beranak berkenaan ke lokasi kejadian untuk mencari jawapan kehilangan anaknya. Hanya kira-kira setengah jam kemudian, baru mereka dimaklumkan mayat Maysarra ditemui di bawah timbunan pasir pada jam 10.45 pagi semalam.

Difahamkan, sebelum itu anggota penyelamat tidak menyedari ada mangsa tertimbus di bawah timbunan pasir di situ serta menyangka semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera sudah dibawa ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

Ketika ditemui wartawan di HSR selepas itu, Zaidi yang ditemani isterinya, Mazylina Abdullah, 35, enggan ditemu bual kerana terlalu sedih dengan kematian anaknya, sebaliknya hanya menitiskan air mata.

Namun, Faiz memberitahu adiknya harapan keluarga kerana memperoleh 8A dalam ujian percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) baru-baru ini. “Dia sangat rajin belajar, malah antara pelajar harapan di sekolahnya untuk mencapai keputusan cemerlang dalam PMR tahun ini,” katanya.


Faiz berkata, tiada perubahan ketara dilihat pada adiknya sebelum ini, malah arwah kelihatan tidak sabar untuk mengikuti rombongan berkenaan. “Ini rombongan kedua arwah,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Forensik HSR di sini, semalam.


Jenazah Maysarra dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alor Teja, Alor Setar, Kedah.




Jumaat, 11 November 2011

kita bercinta di antara gelap mata kita




kita bercinta di antara gelap mata kita, beku hati kita, sakit jiwa kita. dan kita tetap bercinta dalam keadaan yang tak mampu terurai dengan kata, teruntai dengan rasa dan kita bercinta atas nama cinta di antara luka yang tercipta...[ 5.40 petang]




Rabu, 9 November 2011

permintaan terakhirku..



jika aku mati esok. Bolehkah ku minta hatimu malam ini sebagai satu-satunya permintaan terakhirku?






Selasa, 8 November 2011

alhamdulillah....



tak ada apa yg mahu ku tulis..

memadailah saya nak mengucapkan

alhamdulillah....




Rabu, 2 November 2011

[ gambar [ Inilah Motor berkuasa wap yang canggih akan dilelong tahun depan.





Inilah motorsikal yang berkuasa wap yang akan dilelong di Las Vegas pada bulan Januari 2011 tak berapa lama lagi. Motor ini dikenali sebagai " Roper Steam Powered Motorcyele" yang berusia 117 tahun.Sungguh cantik..sekali tengok mcm basikal jepun saja... Kelajuan motor ini ialah 60km/j. Harga yang dibuka untuk lelongan bagi motorsikal ini ialah US 150,000..


ada sape nak beli..???



Selasa, 1 November 2011

Tazkirah Malam: Kemuncak Cinta Malam Pertama.....



Assalamualaikum..WBT. Sudah agak lama SR tak menulis tazkirah, malam ini dengnan izin Allah dapatlah serba sedikit menulis tazkirah untuk tatapan rakan-rakan yang dirahmati Allah SWT semua..

Inginkah malam pertama yang romantik bersama suami tersayang? Banyak cara yang anda boleh lakukan untuk memastkan momen itu bermakna antara anda berdua. Malam yang memiliki seribu macam keunikan yang boleh menghangatkan rasa kasih serta sayang suami isteri. Bahkan dalam sebuah hadis disebut bahawa pada setiap malam Allah SWT akan menyebarkan rahmat-Nya kepada seluruh makhluk yang mengambil kesempatan berkenaan.

Sesungguhnya hanya rahmat dari-Nya yang menyatukan dua hati, menjaga dan melindungi dari sebarang kejahatan makhluk. Siapakah yang melembutkan hati suami bagi menahan sabar saat menghadapi kerenah sang isteri jika bukan Allah SWT. Siapakah yang meruntuhkan ego isteri ketika merajuk kalau bukan kerana sentuhan rahmat dari Allah SWT.


SUAMI DAN ISTERI YANG MENGINGATI MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR

Anda tidur di sisi suami yang dicintai, bebas memeluknya sambil berbual-bual manja, Di bahunya anda menangis dan tertawa manja, tangannya sentiasa hangat mengusap pipi yang kesejukan.

Begitulah malam yang anda lalui bersamanya. tetapi bagaimana nanti jika anda melalui malam pertama di alam kubur? Sendirian dicengkam rindu. tangisan yang takkan dapat dipujuk lagi. Ketakutan dan gementar menghadapi amalan akibat perbuatan sendiri. Di mana suami tempat curahan kasih? Sampai hati dia pergi meninggalkan anda seorang diri...sunyi, gelap dan sempit.

Belum sempat anda lupakan kepahitan menelan rasa rindu di hati, datang pula Utusan Allah SWT. Membawa berita yang sangat menakutkan. Siapakah yang akan menjaga kengerian isteri semasa isteri di alam kubur? Di mana kah suami? Di manakah suami yang dulu melindungi? Siapakah yang boleh membela wanita ini daripada keraksuan dan kekejaman ulat, cacing, kala jengking dan ular? Tubuh mulusnya, wajah cantiknya, rambut ikalnya semuanya menjadi santapan malam pertama makhluk yang menjijikkan itu. Di mana suami masa ini..??. Hanya amal soleh saja yang dapat menyelamatkan seorang wanita yang malang itu.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud " Jika salah seorang antara kamu meninggal dunia, dinampakkan tempat tinggalnya pagi dan petang, jika dia termasuk dalam penghuni syurga, maka dia akan menjadi penghuninya..Apabila dia termasuk penghuni neraka, maka dia akan menjadi penghuninya. Lalu dikatakan kepadanya inilah tempat tinggalmu sehingga Allah SWT membangkitkanmu pada hari Kiamat ( Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hanya iman dan amal soleh sajalah yang melayakkan seseorang muslim memandang syurga tempat tinggalnya setiap sejak hari pertama dia ditempatkan di alam kubur.

Ingatlah...malam pertama di alam kubur ketika anda dan suami menikamati malam-malam yang indah di alam percintaan duniawi. Jangan terleka kenikmatan sesaat sehingga melupakan bekalan yang perlu dibawa untuk perjalanan yang panjang di alam kubur nanti.


SUAMI DAN ISTERI YANG MENGINGATI MALAM PERTAMA DENGAN BERTAUBAT

Mereka akan kekal menjadi pengantin syurga di sisi Allah SWT. Dilimpahi kasih Ilahi, diselamatkan dari orang-orang yang dengki dan cemburu. Pandangan mata suami ke arah isterinya menghantarkan kasih sayang Allah SWT.

Hari-hari yang dilalui adalah perjuangan panjang dan melelahkan demi membina keluarga yang beriman, melahirkan anak-anak yang tunduk dan sujud kepada Allah SWT. Apabila malam meyelimuti syurga yang dibina, kedua suami isteri itu bangun menghiasi dengan rintihan taubat, tumpahan air mata dan kuntuman doa-doa harum di sudut hati. Kerana mereka percaya hari esok adalah terlalu kejam dan ganas. Sesiapa yang tidak menjadikan Allah SWT sebagai penolong pasti akan terkorban di landasan kehidupan.

Amalan yang paling dikasihi Allah SWT adalah taubat kepadaNya. Tiada hadiah yang paling menggembirakan pada sisi Allah SWT kecuali kembalinya seorang hamba pulang dengan penyesalan atas kesilapan..

Wasalam..






berlari di pantai cinta..(ii)



kamu berlari...
dan ku pun berlari..
hingga kita

gedebuk..!

jatuh..!

ku sakit
kamu sakit..

tapi kita ketawa..
hilanglah sakit...

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy