Sabtu, 31 Disember 2011

Puisi 1 Jam Sebelum Tahun Baru 2012




dan malam ini
bersama duabelas detik jam pada sepi
riuh kunyalakan ribuan kembang api

di hati




365 hari yang lampau: SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012 BUAT SEMUA SAHABAT SAYA



Masa terus berdetik, berlalu tanpa menunggu sesiapa. Begitu pantas tahun 2011 melewati kita. Kedatangan tahun baru 2012 kita sambut dengan penuh kesyukuran ke hadrat ALLAH s.w.t kerana dipinjamkan sedetik lebih umur. Tahun 2011 pula kita lepaskan pergi dengan seribu pengajaran. Setiap peristiwa - manis dan indah, masam dan pahit - yang dilalui biarlah menjadi peringatan dan amaran. Bahawa, sebagai hambaNYA kita sentiasa diuji olehNYA untuk menentukan tahap keimanan kita semua terhadapNYA. Di sini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU BUAT SAHABAT-SAHABAT SAYA,tidak kira walau di mana sekalipun berada. Semoga di Tahun 2012, nanti kita semua akan beroleh kejayaan, kecemrlangan dalam apa juga bidang yg kita semua ceburi..InsyaAllah.




[ sungguh menyedihkan ] Ibu Rela Mati Kerana Tolak Kemoterapi Agar Bayinya Lahir Sihat




Jenni Lake melahirkan anaknya sebulan sebelum ulang tahun ke-18. Jenni memang salah sorang daripada ibu remaja, namun pengorbanannya sangat besar untuk boleh menjadi ibu. Ia meninggal dunia kerana menolak rawatan kemoterapi untuk mengubati kanser yang bersarang di otaknya semata-mata anak lelakinya dapat lahir dengan sihat tanpa sebarang kesan ubat rawatan kansernya.

Jenni kerap mengalami migrain saat berusia 16 tahun ketika masih duduk di bangku sekolah Pocatello High School. Dari hasil MRI scan, doktor telah menemui sel barah kecil berukuran 2 cm yang melebar di sisi kanan otaknya.

Ketika diperiksa di hospital di Salt Lake City, hasil scan lain menunjukkan sel barahnya yang lebih besar daripada yang sebelumnya. Jenni menjalani biopsi pada 15 Oktober 2010 dan 5 hari kemudian ia didiagnosis dengan astrocytoma (jenis tumor otak) stage tiga.

Dengan 3 tumor di otak dan 3 tumor di tulang punggungnya, Jenni diberitahu bahawa kesnya jarang terjadi kerana tumor di otaknya telah menyebar ke bahagian tubuh lain tanpa ada gejala.

Doktor mengatakan kesempatan hidup Jenni hanya tinggal 30 peratus selama 2 tahun. Sementara kedua orangtuanya merasa sangat hancur, hal itu tidak terjadi pada Jenni.

"Dia tidak hancur, menangis atau apapun," jelas Mike Lake (43 tahun), ayahnya yang bekerja sebagai pemandu trak yang tinggal di Rexburg, utara Pocatello, seperti dilaporkan Foxnews, Khamis (29/12/2011).

Tapi ibunya mengatakan bahawa Jenni terlihat lemah ketika doktor mengatakan bahawa ia tidak boleh memiliki anak.

"Ketika mereka mengatakan bahawa dia tidak mungkin boleh punya anak, dia marah," ujar Phillips (39 tahun), ibunda Jenni.

Pada awalnya Jenni mulai menjalani kemoterapi dan perawatan radiasi. Ia pun memposting video di YouTube, yang menceritakan kisah hidup dan perjalanannya melawan kanser otak. Jenni sempat memposting 3 video.

Jenni terlihat tegar. Namun pada video kedua yang diposting pada 20 November 2010, Jenni nampak kebingungan ketika temannya merakam kegiatan makan siangnya bersama ibu.

"Tadi malam, saya hanya berbaring di tempat tidur dan saya berfikir tentang segala sesuatu yang sedang terjadi, itu membuatku terpukul, itu membuatku menangis. Apakah Anda tahu betapa sulitnya menjadi seorang ibu? Ketika dia tahu bahawa Anda sakit tetapi tidak ada yang dapat ia lakukan. Ini sulit. Saya tidak tahu berapa lama ini akan bertahan dan saya hanya ingin pergi," kata Jenni dalam video.

Pada Mei 2011, menurut keluarga tumor Jenni sudah mulai menyusut. Jenni juga sempat menghadiri prom nigth bersama kekasihnya Nathan Wittman. Jenni dan Nathan mulai berhubungan beberapa minggu sebelum ia didiagnosis kanser. Hubungan remaja mereka bertahan dengan ujian yang berat setelah Jenni menjalani perawatan kanser.

Banyak teman yang menganggap Nathan hanya mahu berhubungan dengan Jenni kerana ia menderita kanser. Namun hubungan itu semakin berlanjut hingga akhirnya Jenni dinyatakan hamil 10 minggu.

Dari awal pengubatan, keluarga dan Jenni sudah diberitahu bahawa ia tidak mungkin akan punya anak keraa radiasi dan kemoterapi boleh membuatnya steril (infertil atau mandul).

"Kami diberitahu bahawa dia tidak mampu hamil, jadi kami tidak bimbang tentang hal itu (berhubungan seksual)," kata Nathan (19 tahun).

Namun berbeza dengan Jenni, dia selalu ingin menjadi seorang ibu dan dia sudah bertekad menjaga bayinya tetap sihat.

"Dia menyatakan kepada kami bahawa jika dia hamil, dia tidak boleh melanjutkan rawatan kanser. Jadi, dia harus memilih mengakhiri kehamilan dan melanjutkan rawatan, atau menghentikan rawatan dan mengetahui bahawa kanser boleh terus tumbuh," kata ibunya.

Jenni memutuskan untuk menghentikan pengubatan kanser dan menolak kemoterapi agar anaknya dapat lahir dengan sihat. Keluarganya pun berfikir bahawa tumor Jenni sudah mulai menyusut. Ia mungkin masih boleh melanjutkan pengubatan kanser nanti setelah bayinya lahir.

Namun kenyataan berkata lain, Jenni memang melahirkan putranya yang bernama Chad Michael dengan selamat dan sehat, tapi keadaan tubuhnya sendiri sudah sangat lemah.

Jenni meninggal setelah melahirkan Chad. Ia sama sekali tidak menyesal dengan keputusannya. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Jenni bahkan sempat berbisik kepada jururawat di hospital.

"Saya sudah selesai, saya melakukan apa yang seharusnya saya lakukan. Bayi saya akan selamat disini," bisik Jenni pada jururawat.


Inilah Acara Melompat Batu : Syarat Untuk Masuk Meminang Anak Dara Di Pulau Nias, Sumatera Utara









Inilah tradisi Fahombo atau biasa disebut Hombo Batu (lompat batu) merupakan tradisi dari daerah Nias Selatan (Teluk Dalam), iaitu salah satu daerah di Sumatera Utara yang terletak di Pulau Nias.

Tradisi Lompat Batu atau Hombo batu yang dilakukan oleh seorang lelaki yang mengenakan pakaian adat setempat Nias dan lelaki tersebut diminta melompat susunan batu yang disusun setinggi lebih dari 2 (dua) meter.

Berdasarkan cerita rakyat setempat, lompatan tersebut diciptakan sebagai ujian fizikal dan mental bagi para remaja lelaki di Nias menjelang usia dewasa. Setiap lelaki dewasa yang ingin berkahwin wajib lulus ritual lompat batu tersebut Batu yang harus dilompati adalah berupa bangunan mirip tugu piramid dengan permukaan bahagian atas yang mendatar. Tingginya kurang lebih 2m (dua meter) dengan lebar 90 cm dan panjang 60cm.

Mana-mana lelaki yang gagal melompat batu tersebut tidak boleh meminang si gadis..



p/s.... elok dibuat juga kat Malaysia mcm ni...



[ gambar ] Inilah Kapal Terbang Yang Menggunakan Kartun Hello Kitty Sebagai Tema Penerbangan








Inilah kapal terbang di Taiwan yang menggunakan kartun Hello Kitty sebagai imej pada kapal terbang di luar dan di dalam pesawat mereka...malah pramugarinya juga pun sama menggunakan pakaian yang bertema Hello Kitty juga..

Pemilik kapal terbang di Taiwan ni sungguh kreatif sekali..iaitu cuba memikat kanak-kanak untuk naik flight mereka. Tak mungkin hanya kanak-kanak saja yang akan naik kan?..mestilah si ayah dan ibu pun akan ikut serta juga..

Di Malaysia juga boleh mcm ni juga ke.?




Selamba..kakak ni curi makanan di buffet untuk beri anak makan dan ceritakan pulak di Facebook













A STOMPer was appalled to see a Facebook posting made by a woman, who bragged about stealing food from a buffet at a restaurant for her kids at home.

Said the STOMPer:

"I saw these photos online plus the caption saying that she took food from the buffet at Sakura restaurant for her kids at home.

"What kind of mother is she? She goes out and enjoyed the food. But she steals food for her kids?

"As you can see she has the money but why must she do that? Plus she's lucky the staff at the restaurant did not notice what she was doing.

"Come on lah, Singaporeans.

"You willing to dine but not pay more for your kids?. Tsk tsk.

"And she proudly posts her deeds on facebook for all to see.

"I think this woman is too much."


p/s: ada juga orang yg mcm ni...


sumber : stomp.com.sg

[ perang bantal ] Inilah Cara Unik Nak Lepaskan Stress Di China



SRIPOKU.COM, SHANGHAI - Bantal-bantal yang bertuliskan nama bos dan guru jadi tempat melampiaskan emosi. Warga Shanghai kini punya acara tahunan perang bantal besar-besaran untuk melepas stress.

Acara tahunan ini adalah yang ke-5 dengan lonjakan minat yang sangat besar dari pekerja muda pejabat dan mahasiswa. Penganjur terpaksa membuat dua malam acara "perang bantal" sebelum Hari Natal dan merencanakan satu acara lagi pada 30 Disember.

"Sekarang ada banyak pekerja di pejabat dan mahasiswa yang menghadapi tekanan sangat berat di tempat kerja dan sekolah, jadi kami berharap oleh memberi mereka penyaluran untuk meringankan tekanan mereka sebelum akhir tahun," kata Eleven Wang, pendiri dan otak di balik acara "perang bantal".

"Kadang-kala kita menghadapi tekanan dari bos, guru dan ujian kita, jadi hari ini kita jadi gila. Setiap orang ingin menulis di bantal nama mata pelajaran ujian, guru dan bos mereka, dan menikmati serta menyalurkan stress mereka sampai sepuasnya," ia menambahkan sebagaimana dikutip Reuters.

"Setelah menyalurkan stress, kita kembali dapat menghadapi hidup sehari-hari kita dengan penuh kenikmatan," katanya.

Awalnya, bantal dibahagikan di pintu ketika peserta memasuki ruangan, lalu emosi peserta disulut oleh konsert musik rock. Banyak orang mulai bergoyang dan mengayunkan bantal mereka mengikuti irama musik, lalu tiba saatnya "pertempuran".

Bantal memenuhi udara, dan banyak "petempur" memilih untuk melemparkan dan bukan menggunakan bantal mereka untuk menggebuk lawan, Beberapa peserta yang tak beruntung menerima pukulan bantal bertubi-tubi di kepala mereka, tapi kebanyakan peserta malah dengan suka-rela terjun ke dalam "kekacauan".

"Saya benar-benar menikmati perkelahian tersebut, tapi teman saya tak berguna. Ia cuma bergabung sebentar saja dan tak boleh meneruskan, ia takut dipukul oleh orang lain," kata Chen Yi, yang berusia 24 tahun.

"Saya tak tahu siapa yang mendorong saya, tapi tiba-tiba saya berada di tumpukan bantal, tempat saya menjadi sasaran banyak orang, dan dipukuli oleh segala macam orang," kata mahasiswa yang bernama Zhu Shishan. "Sesuatu yang best" katanya.




Guru lesbian dipenjara 15 bulan




LONDON - Seorang hakim sebuah mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 bulan terhadap seorang guru wanita yang berumur 26 tahun, Helen Goddard (gambar) kerana menjalin hubungan seks dengan pelajar perempuan di bawah umur, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, dia dibenarkan oleh hakim itu untuk menemui pelajar wanita tersebut selepas dibebaskan dari penjara.

Goddard membuat tumbukan ke udara sebagai isyarat kemenangan kerana hubungannya dengan mangsa dapat diteruskan berikutan keputusan hakim itu.
Hakim Anthony Pitts yang menjatuhkan hukuman itu berkata: "Kes ini amat serius dan satu hukuman penjara yang segera tidak dapat dielakkan."

Pitts menolak permintaan daripada pendakwa raya yang meminta guru itu dilarang daripada menghubungi mangsa selama lima tahun.Guru itu turut dilarang untuk mengajar kanak-kanak.

Hubungan intim antara mereka sebelum ini hangat diperkatakan di sekolah di kalangan pelajar.Ibu mangsa kemudian membuat perangkap dengan mengekori anaknya yang didapati pergi ke rumah guru itu untuk bermalam.

Polis kemudian dihubungi oleh ibu mangsa menyebabkan pelajar perempuan itu membuat pengakuan dengan menyatakan dia mencintai gurunya.

Semasa kes itu didengar pada bulan lalu, Goddard mengaku melakukan hubungan seks dengan pelajar tersebut. - Agensi




Tahniah OSBON Juara Maharaja Lawak Mega Malam Tadi








Tuah 2012 nampaknya menyebelahi Osbon yang membawa pulang RM350,000 dan trofi selepas mengetepikan tiga kumpulan lain pada final Maharaja Lawak Mega terbitan Astro, di sini, tengah malam tadi.

Osbon yang dianggotai Mr Os dan Sharizah Ahmad (Abon) mengetepikan cabaran Boboi yang meraih RM250,000 dan Saehu dari indonesia (ketiga-RM50,000) manakala Syok menduduki tangga keempat.

Tahniah kepada kumpulan Osbon dan lain-lain kumpulan yang berjaya membuat jutaan rakyat Malaysia gelak berdekah-dekah malam tadi, ditambah dengan kemunculan Jozan sebelum pengumuman keputusan menambahkan lagi kegamatan, kemeriahan.




[ gambar] Anak Gajah Merajuk Tak Mahu Ditimbang



SEORANG pekerja menarik belalai anak gajah itu supaya haiwan itu berdiri di atas alat penimbang di Zoo Wuppertal, Jerman kelmarin.



WUPPERTAL, Jerman - Dua keping gambar menunjukkan seorang pekerja menarik belalai seekor anak gajah untuk memujuk haiwan itu menaiki sebuah alat penimbang di Zoo Wuppertal, di sini kelmarin.

Pekerja berkenaan menarik belalai anak gajah bernama Uli itu untuk merekodkan berat haiwan tersebut dalam prosedur rutin di zoo berkenaan.

Namun, Uli yang ketakutan enggan memberi kerjasama apabila haiwan tersebut meundukkan kepalanya bagi mengelak ia ditarik ke atas penimbang tersebut.

Anak gajah itu kemudian akhirnya berdiri di atas penimbang tersebut dengan seorang kakitangan membelai kepala haiwan tersebut. - Agensi




[ kajian terkini] Kajian Daripada Newcastle University Suami Kahwin 4 Isteri Memang Lebih Kreatif Berbanding Yang Hanya Berkahwin Seorang Isteri



Salih Yaakub tidak dinafikan memang kreatif !



Apakah kelebihan yang ada pada lelaki yang punyai 4 isteri.? Tentu ada sesuatu yang menarik dan mengkagumkan pada lelaki seperti itu berbanding dengan lelaki biasa yang hanya setia pada seorang wanita yang bernama isteri sejak dia mula berkahwin sehingga ke penghujung hayatnya.

Sebenarnya memang lelaki yang berkahwin lebih daripada satu mempunyai kelebihan istimewa. Ini dibuktikan oleh satu kajian yang dilakukan oleh Newcastle University yang membuktikan bahawa lelaki yang kreatif mempunyai lebih daripada satu pasangan seks. Lebih ramai pasangan seksnya maka lebih tinggi kreativiti seseorang lelaki tersebut.

Satu perkara yang amat ketara yang ada pada lelaki kahwin ramai adalah daya tarikan yang ada padanya yang mampu membuatkan ramai orang meminatinya. Biasanya dia bukan saja menarik minat kaum berlawanan jenisnya sahaja, malah rakan lelakinya juga biasanya selesa dan berasa berharga mempunyai kawan lelaki yang kahwin ramai.

Oleh itu kepada para isteri yang suaminya mempunyai hanya seorang isteri, iaitu dia sahaja, sepatutnya merasa bosan dengan suaminya yang kebiasannya adalah kurang kreatif. Untuk menyelesaikan masalah tersebut maka galakkanlah suami anda untuk menanam cita-cita berkahwin lebih daripada satu dan galakkan dia melakukannya, semuanya demi kreativiti.

HIDUP POLiGAMi!!! Kalau tak percaya dengan tulisan saya baca kat sini.

Menurut data jabatan perangkaan negara jumlah umat Islam yang berpoligami tidak sampai 5%. Data ini sepatutnya merisaukan kita kerana kita memerlukan lebih ramai umat Islam yang tinggi kreativitinya. Jika jumlah umat Islam yang kreatif ramai berbanding yang berpoligami, ada kemungkinan ramai yang mempunyai lebih dari satu pasangan seks secara tidak berdaftar.

Bagi mereka yang takutkan dosa, sudah tentu mereka telah berkahiwn di luar negara seperti di sempadan Thai. Ini bermakna mereka mempunyai lebih daripada satu pasangan yang tidak di dedahkan kepada umum terutamanya kepada isteri nombor satu.

Semua itu membawa kepada rasa syak wasangka bahawa pemimpin Umno ramai yang mempunyai lebih daripada satu pasangan seks. Lebih ramai pasangan seks mereka maka lebih ramai daya kreativiti mereka. Jadi kita perlu menyiasat sama ada ada kegiatan seks tidak berdaftar berlaku di kalangan orang politik Unno terutamanya saf-saf kepimpinan tinggi mereka.

Walau apapun kita tidak perlu menghalang kaum lelaki mempunyai lebih daripada satu pasangan seks mereka, ini seolah-olah cuba membantutkan daya kreativiti mereka sedangkan negara amat memerlukan rakyatnya berdaya saing tinggi dengan keupayaan mengeluarkan idea-idea yang amat kreatif. Lagi ramai rakyat kita yang kreatif lebih maju jadinya negara kita dalam segala lapangan.

Usaha sekumpulan pejuang hak asasi wanita juga perlu diberikan perhatian agar mereka tidak berterusan membantutkan kaum lelaki mempunyai lebih daripada satu pasangan, sedangkan Islam membenarkannya ditambah lagi dengan kajian yang menunjukkan lelaki banyak pasangan adalah kreatif.

Jesteru itu satu kumpulan kerja khas bagi menggalakkan kaum lelaki berkahwin lebih banyak perlu diadakan segera oleh pemimpin negara kita. Kelab Isteri taat boleh dijadikan penggerak kumulan tersebut dan ramaikan lagi ahli kelab tersebut yang mana mereka juga merupakan ahli kelab poligami.

Kerajaan perlu memberikan dana khas kepada kelab isteri taat serta kelab poligami bagi memperomosikan usaha menggalakkan para suami berkahwin lebih daripada satu. Satu sasaran perlu diletakkan oleh kerajaan Malaysia agar sekurang-kurangnya 30% daripada kaum lelaki di negara kita berkahwin lebih daripada satu dan kalau boleh biar semuanya berkahwin empat, maka lebih ramai rakyat negara kita yang kreatif.

Kepada rakyat yang bukan Islam pula, mereka perlu terbuka untuk membenarkan undang-undang sivil membuka peluang kaum lelaki berkahiwn lebih daripada satu. Ini sekali gus menyelesaikan masalah orang Cina atau India yang kreatif mempunyai pasangan gelap atau mistress.

Ramai dikalangan ahli perniagaan bukan Melayu yang berjaya mempunyai perempuan simpanan dan ia dilakukan secara sorok-sorok. Oleh itu apa salahnya membenarkannya dan jadikan ia sesuatu yang dibolehkan...[ tak semua]



sumber: http://wartashubhi.blogspot.com/2011/12/lelaki-kahwin-4-jauh-lebih-kreatif.html

p/s: jangan ada yg marah sr..ini kajian dari Newcastle University ...bukan kajian SR tau.!

Pasangan berkahwin 77 tahun mahu bercerai kerana suaminya terjumpa surat isterinya yang ditulis 50 tahun dulu kepada kekasih gelap





VIVAnews - Sepasang suami-isteri dari Itali akan menjadi pasangan bercerai tertua di dunia. Suami yang berusia 99 tahun berniat menceraikan isterinya 96 tahun, yang mengaku pernah curang pada tahun 1940-an.

Lelaki Itali yang dikenali sebagai Antonio C membongkar peti lama dan menemui surat-surat milik isterinya beberapa hari sebelum Natal. Meskipun pengkhianatan itu telah berlangsung lebih dari 50 tahun lalu, ia merasa sangat marah. Tanpa berfikir panjang, lelaki ini langsung mengajukan ugatan cerai pada isteri yang telah dinikahi selama 77 tahun.

Menurut dokumen pengadilan Rom yang dikutip dari Telegraph, Rosa C yang mengakui kesalahannya di masa lalu berusaha memuujuk suaminya untuk mempertimbangkan kembali keputusannya. Dalam surat yang ditemukan, Rosa menulis surat kepada kekasih gelapnya pada tahun 1940-an.

Pasangan ini kini bersiap menghadapi perpisahan setelah hampir selama lapan dekad hidup bersama. Selama menikah pasangan suami isteri ini memiliki lima anak, 12 cucu, dan satu orang cicit.

Pasangan ini bertemu pada 1930-an. Ketika itu Antonio adalah seorang askar Carabinierin muda yang datang ke Napoli, tempat lahir isterinya.

Pasangan bercerai tertua sebelumnya adalah pasangan Bertie dan Jessie Wood, keduanya berusia 98 tahun asal Inggeris. Mereka menikah di Elstree, Hertfordshire pada 1972 dan berpisah pada 2009 setelah menikah selama 36 tahun. (hp).


p/s:...hati suami mana yang tak rasa kecewa bila dapat tahu isteri sendiri curang...walaupun 500 tahun sekalipun...!



sayangku, malam kita sudah larut




sayangku, malam kita sudah larut
marilah kita bersujud
dalam kelam jubah malam
kita berdiam
menatap bintang khusyuk sembahyang

sayangku, malam kita kian larut
malam kita adalah tepi hari
sayangku, bila kereta datang
jemput kita pulang
kita sudah sembahyang



Jumaat, 30 Disember 2011

saat waktu membawamu pergi...




ku tahu sayang…
waktulah yang sejak dulu..
ikut ke mana kita melangkah..
dia jatuh hati pada mu..
sama seperti aku..
ingin ada selalu disampingmu..
sedekat isi dan kuku kita ..

waktu demikian mencuri cintamu..
hingga
kau benar-benar tinggalkanku..





Khamis, 29 Disember 2011

Amah di tinggal di tepi jalan selepas diperkosa tujuh lelaki

MAKKAH: Unit siasatan jenayah polis Makkah menemui seorang pembantu rumah warga Indonesia di pusat imigresen al-Jabal di lebuh raya Makkah-Laith dalam keadaan tidak bermaya.

Menurut polis, pembantu rumah berusia 20-an itu dilaporkan dibelasah dan diperkosa oleh tujuh lelaki mabuk, semalam. Polis berkata, wanita itu yang bekerja dengan penduduk tempatan di Makkah meninggalkan kediaman majikannya bersama dua lelaki muda menuju ke apartmen mereka di Jeddah.

Menurut kenyataan polis, lelaki terbabit kemudian menghubungi lima lagi rakannya untuk bertemu mereka di lebuh raya Makkah-Laith. Dua lelaki terbabit membawa alkohol dari Jeddah dan bertemu lima lagi rakan mereka di satu kawasan terpencil sebelum memperkosa wanita itu.

Mangsa kemudian ditinggalkan di jalan raya berhampiran lebuhraya Makkah-Laith.

Mangsa ditemui anggota polis peronda dalam keadaan terhoyong-hayang, lesu dan sukar untuk berjalan. - AN


sumber : myMetro




[ kesian] Bayi ini perlu digeletek untuk terus hidup






Menggeletek anak bagi kebanyakan ibu hanyalah untuk bergurau senda. Namun bagi Sanchia Norris, dari Fen Drayton, Cambridgeshire, ini adalah sebuah cara untuk menjaga anaknya agar tetap hidup. Benn yang berusia satu tahun, akan berhenti bernafas beberapa kali setiap malam dan ibunya harus menggeleteknya untuk memaksa Benn untuk kembali bernafas.


Setiap bayi itu berhenti bernafas, Norris (41) diperingatkan oleh alarm dan kemudian bergegas ke bilik tidur untuk membangunkannya.

“saya harus merangsang dia dalam beberapa cara untuk membuatnya terbangun yang akan membuat Benn kembali bernafas lagi. saya menggeletek dia di telapak kakinya, atau di bawah dagu dan di perutnya. Hal ini cukup untuk mulai dia bernafas lagi.” tutur Norris yang dikutip Mail Online.

“Suatu malam dia berhenti bernafas sebanyak 23 kali dan saya harus terus menggeletek dia setiap kali itu terjadi untuk membuat dia mulai bernafas lagi.” tambahnya.

Benn menderita Apnea, salah satu masalah yang paling umum yang mempengaruhi bayi prematur. Hal ini menyebabkan pernafasan berhenti selama 20 saat atau lebih ketika mereka sedang tidur dan terjadi ketika otot-otot bayi dan sistem saraf tidak sepenuhnya dikembangkan pada saat lahir.

Kebanyakan, para bayi penderita Apnea sembuh saat tumbuh lebih besar, tetapi sementara itu, stimulasi seperti menggeletek adalah metode yang paling umum untuk membuat mereka bernafas lagi.

Ketika Benn lahir pada bulan November tahun 2010 lalu, dalam keadaan prematur yang sangat berbahaya, kerana hanya berusia 24 minggu. Bahkan beratnya hanya 1 paun 12 auns.


“Para doktor mengatakan kepada saya bahawa sangat tidak mungkin Benn ia akan bertahan.” kata Norris.

Tetapi setelah 18 minggu di hospital, Benn cukup sihat untuk dapat diizinkan pulang.



Selasa, 27 Disember 2011

berikan aku erti…





berikan aku erti…
walaupun tak semua hal di dunia ini
sukar dimengertikan



Tradisi Pelik : Ayah Hantar Anak Gadis Ke Rumah Pelacuran Di India








Sebut saja Puja. Usia gadis ini sekitar 13 tahun. Masih sekolah. Suka menyanyi dan menari. Sambil tertawa, ia melontarkan mimpi ingin menjadi bintang filem suatu masa nanti.

Jauh di balik kepolosannya sebagai gadis desa, Puja memiliki pemikiran maju. Ia adalah gadis pertama di keluarganya yang sekolah, dan bertekad menyelesaikannya. Sedikit gadis di lingkungannya yang memiliki tekad serupa.

Ia tak ingin bernasib seperti Priya, wanita berusia hampir 40 tahun yang dipaksa hidup di kancah pelacuran sesaat setelah memasuki masa remaja

Menjual anak perempuan yang memasuki usia remaja ke rumah pelacuran menjadi cerita biasa di daerah Bharatpur, India. Bahkan, menjadi sebahagian tradisi masyarakat setempat yang ditandai upacara menyambut masa remaja Nathni Utarna.

Upacara itu menjadi penanda seorang gadis siap dikirim ke perdagangan seks. Siap tidur dengan pelanggan pertamanya.

Masyarakat tak melihat ada yang salah ketika seorang ayah membawa anak gadisnya ke dalam bisnes seks. Ini tradisi di India

Begitu pula saat seorang pemuda membawa adiknya ke tempat pelacuran. Mereka hanya melihatnya sebagai tradisi turun-temurun.

Tradisi itu bermula dari budaya devdasi, yang ertinya persembahan untuk Tuhan. Anak-anak perempuan didedikasikan sebagai pekerja seksual atas nama agama. Hanya, tradisi yang mulanya wujud persembahan keagamaan ini telah menjelma menjadi ladang bisnes yang menjanjikan kehidupan layak.

Plan India, sebuah lembaga sosial terus berupaya untuk menghapus tradisi tersebut. "Banyak wanita di pusat rehabilitasi memastikan bahawa anak-anak perempuan di keluarga mereka tak melanjutkan tradisi ini," ujar Anil Kapoor, salah satu aktivis Plan India, kepada CNN.

"Satu langkah kecil, tapi arahnya sudah benar. Mengubah pola fikir wanita di pedesaan adalah kuncinya," ujarnya. "Sekarang, ketika wanita-wanita sudah memiliki pendirian sendiri melawan prostitusi, saya optimistis tradisi itu boleh diakhiri."





sepasang kekasih sanggup ceroboh rumah orang untuk berkhalwat dan ditangkap dalam keadaan telanjang bulat



CEKUP...pasangan kekasih ditahan selepas dipercayai berkhalwat dalam sebuah bilik di rumah orang.



ALOR GAJAH: Seorang wanita yang juga isteri orang ditemui dalam keadaan mengaibkan apabila berpelukan dalam telanjang bulat dengan teman lelakinya dalam bilik di sebuah rumah Kampung Baru Lendu, Alor Gajah, pagi kelmarin.

Lebih memalukan apabila kejadian kira-kira jam 8.15 pagi itu disedari pemilik rumah berkenaan, Sutini Hamzah, 61, bersama anak lelakinya, Ainol Adnan, 38, yang datang ke rumah itu selepas dimaklumkan jiran mengenai tindakan sepasang kekasih tidak dikenali menginap di rumah mereka tanpa kebenaran.

Ainol ketika ditemui berkata, sebaik dia dan ibunya tiba di rumah itu, mereka mendapati pintu pagar depan, tingkap dan pintu utama rumah terbuka luas seperti sudah lama ditinggalkan.

Katanya, dia memberi salam sebanyak tiga kali, namun tidak bersahut sebelum masuk ke dalam rumah yang mempunyai empat bilik itu untuk melakukan pemeriksaan, namun mendapati tiada sebarang kesan rumah itu diceroboh.

“Bagaimanapun, apabila saya dan ibu masuk ke bilik terakhir, kami terkejut apabila terserempak sepasang kekasih bertelanjang bulat dalam keadaan berpelukan nyenyak tidur seperti orang kepenatan.

“Gelagat mereka sedang berpelukan intim di atas katil amat mengaibkan, malah mereka tidak sedar kehadiran kami,” katanya


p/s...bila dah tak ingat dosa pahala mcm nilah......isteri orang pulak tu..di mana letaknya maruah seorang isteri.?


Sabtu, 24 Disember 2011

[ gambar [ Petani Reka Robot Yang Canggih










KOMPAS.com — Wu Yulu, seorang petani berusia 49 tahun dari luar kota Beijing, menjadi perbincangan yang hangat di negaranya kerana robot rumahan buatannya.

Ketika ini robot ciptaan Wu, yang disebut sebagai anaknya, mendapat pengiktirafan hingga ke peringkat antarabangsa. Robot yang dibuat daripada barang buangan seperti dawai dan sekrup. Wu telah menciptakan lebih dari 47 robot yang dapat menuangkan teh, memberi api kepada perokok, dan mengecat rumah.

Wu yang hanya lulus sekolah rendah boleh dianggap hebat di media massa China atas kreativiti dan penemuannya. media massa asing juga tertarik mewawancarainya sebelum dia muncul di Shanghai World Expo yang telah berlangsung dari Mei hingga Oktober 2011 yang lalu.

”Saya sedikit terkenal sekarang. Padahal, saya telah melakukan ini lebih dari 20 tahun. Di ekspo nanti saya dapat menerima pengakuan lebih luas lagi. Saya akan mewakili para petani dan saya senang sekali,” katanya.

Wu mengakui, untuk membiayai hobinya mengutak-atik robot memang memerlukan perbelanjaan besar. Dia sampai bercerai dengan istrinya kerana menghabiskan wang terlalu banyak untuk hobinya itu. Robot buatannya telah dipamerkan di Jepun, Korea, dan Hongkong.

p/s:: saya rasa di Malaysia pun ada yg hebat spt lelaki China ni....



kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy