Ahad, 29 Januari 2012

[Hebat] Polis wanita ini menjadi ibu susu kepada 9 bayi ketika gempa bumi di China



Jiang Xiaojuan mendapatkan kenaikan pangkat dan promosi daripada jabatan polis China kerana naluri keibuannya. Dia yang berusia 30 tahun itu juga menerima pingat pahlawan kerana menyusui sembilan bayi yang sangat kehausan akibat gempa yang melanda Daerah Sichuan, Tiongkok baru-baru ini

Lima di antara sembilan bayi itu ditinggal ibunya yang mati ketika gempa melanda. Empat bayi lainnya tidak mendapatkan susu ibu kerana ibu mereka mengalami kejutan akibat gempa. Berkat air susu ibu wanita ini, kesembilan bayi korban gempa tersebut mendapatkan cukup nutrisi.

Kerana ini jugalah Jiang yang digelar 'police mum' tersebut dipromosikan menjadi wakil pasukan di Jiangyou Public Security Bureau. Partai Komunis Tiongkok juga menunjuk dia menjadi anggota Komite Jiangyou Public Security Bureau.

Namun, promosi jabatan tersebut mengundang kontroversi. ”Sebahagian orang berkeberatan atas tawaran pemerintah kota terhadap Jiang. Menurut mereka, promosi jabatan harus diberikan sesuai jasa dan pengabdian seseorang, bukan kerana aktiviti kemanusiaan,” demikian yang dilaporkan kantor berita Tiongkok Xinhua.

Meski begitu, ramai orang yang menyambut gembira anugerah yang diberikan pemerintah dan Parti Komunis Tiongkok tersebut. Mereka menegaskan, tindakan wanita ini membuktikan bahawa dia adalah abdi masyarakat yang baik. ”Kontroversi tidak akan mempengaruhi promosi. Dia memang layak,” tegas pejabat polis.

Sebagai tugas, Jiang tergerak menolong mangsa. Kebetulan, mangsa pertama yang dia temui adalah seorang bayi. Bayi tersebut ditinggal mati ibunya. Jiang yang memang masih menyusui bayinya sendiri tersebut langsung meneteki bayi korban gempa. Setelah itu, ada lapan bayi lagi yang menjadi ”anak susu” Jiang.

sumber:

http://www.borakkosong.com/2010/12/hebat-polis-wanita-ini-menjadi-ibu-susu.html


5 ulasan:

LadyBird berkata...

bagusnya polis ini..
dalam islamboleh x ek?
maksudnye kalau baby menysu sekurang2nya 3 kali kenyang.. dah menjadi anak susuannya.. :D

Soul Lee Hin berkata...

:)

.........cP~ berkata...

Wah..Sanggup dia?

misshannajr berkata...

kalo sya jd org ni tak tahu la nak buat ke tak apa yg dia buat..tp buat kot huhuhu..tp takut juga haha

aku budak klang berkata...

boleh je..tpi dlm Islam wajib disusuli dgn hukum...

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy