Khamis, 16 Februari 2012

[ gambar ] Mesin Untuk Orang Lelaki Rasa Pengalaman Orang Perempuan Bila Datang Haid..





Dengar tajuk kat atas tu pun mesti anda dah rasa pelik kan? Nak ke seorang lelaki rasa pengalaman orang perempuan bila datang haid? Kalau rasa-rasa nak cuba, anda jangan risau, dengan bantuan Menstruation Machine, anda yang lelaki ni akan tahu macam mana 'feel' nya bila datang bulan..Nak tahu cerita? Meh baca kat bawah ni..

Secara hormon nya, menstruasi dan dismenore (keadaan yang mulai timbul sebelum atau semasa menstruasi, mencapai puncak dalam tempoh waktu 24 jam dan setelah 2 hari ia akan menghilang) hanya dapat dirasakan oleh wanita. Tapi Hiromi Ozaki alias Sputniko (25 tahun), pereka dari Jepun-England yang juga seorang programmer telah merancang sebuah mesin di mana membolehkan seorang lelaki merasakan pengalaman haid bulanan wanita.

Ozaki yang menuntut di Fakulti Matematik dan Ilmu Komputer Imperial College, London, memberi nama mesinnya sebagai Menstruation Machine. Menstruation Machine ini merupakan projek seni yang tercetus kerana tertarik dengan masalah bulanan yang selalu dirasakan oleh wanita iaitu datang bulan.

Dengan menampilkan rekaan dari Royal College of Art’s Design Interactions, mesin ini bertujuan untuk membolehkan lelaki merasakan pengalaman haid yang dirasakan wanita. Bagaimanapun, alat ini juga boleh digunakan oleh wanita.

Untuk menitiskan darah, rekaan ini dilengkapi dengan mekanisme blood dispensing, yang akan menitiskan sekitar 80 mililiter (2.7 auns) darah dari tangki yang menstimulasikan keadaan haid seorang perempuan untuk tempoh masa lima hari.

Rekaan ini juga menyediakan teknologi canggih seperti iPad yang akan berfungsi untuk mengawal aliran darah.

Selain itu, rekaan ini juga dilengkapi dengan elektrod stimulasi perut bawah (lower-abdomen-stimulating electrodes), iaitu mesin yang akan menstimulasikan kekejangan pada perut mirip dengan keadaan haid bulanan seorang wanita.

Menstruation Machine ini dapat digunakan oleh lelaki yang ingin merasa lebih dekat dengan wanita (misalnya ibu atau isterinya) dan pengalaman datang haid yang dirasakan mereka.

Rekaan ini juga boleh digunakan oleh wanita yang sudah tidak lagi mengalami menstruasi, biasanya proses ini hanya menjadi ritual dan dikenali sebagai identiti gender.


17 ulasan:

Prettywrite berkata...

susah jugak kalau terlalu bijak ni..huhu

CintaZulaikha berkata...

mak aihhhhh~~

LadyBird berkata...

kreatif perekanya..

:D.. lps ni bolehlah org lelaki lbh memahami..

eita berkata...

tak terkata.....
ada ke orang yang mencuba?

cik Kartun berkata...

pglmn lelaki bersalin takde?? huhuhu

3no gr33ny berkata...

dasyatnye....huhu

Telor Power berkata...

pergh....biar betul.

Nida berkata...

Bagus juga ada mesin ni... barulah kaum lelaki dapat rasa bagaimana org perempuan rasa, terutama part sakit pinggang bila setiap kali bendera Jepun berkibar :)

kay_are berkata...

of coz r taknak.. tak sanggup langsung.. huu

Terbang Bersamaku berkata...

ini namanya terlebih kreatif..dunia dah akhir zaman, manusia pun semakin pelik..kalau period betul2 baru tahu..huhu..

Norsalmi berkata...

Macam2.. Lepas ni blh cipta mesin utk rasai kesakitan melahirkan pulak.. Nak jg tau brp org yg berani mcuba

aku budak klang berkata...

hahaha mau ke lelaki nak cuba???....kalau laki ABK takan mau dia...

TiraPengemis berkata...

erkkk..ada jgk bnda cmtu..huhu

faiQah nUr huSna berkata...

mcm x elok ja. . :P

chikseliparjepun berkata...

ada ke lelaki yg nak rasa pengalaman camne pompuan period?

Amanina berkata...

salam..

mmg alat paling canggih..

Nida berkata...

Ngeri dan geli pula tengok gambar terakhir tu... tu mesti tembus..hehe

kad raya adinda amy sensei

kad raya dari Kak Kunang-Kunang

kad hari guru dari Puan Ayu

kad adinda amy

kad adinda amy

award frpm CintaZulaikha

award frpm CintaZulaikha

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award buat sahabat2 saya..sudi-sudikanlah ambil..

award Ten Little Fingers

kad raya dari Cik Amy

cinta dan bola

cinta dan bola

kad raya from kak Miayah

award from cik amy

award dari blog LOVE

bcb

yy